aku menyayangi suami aku setulus hati aku..walau berbagai dugaan melanda hidup aku semasa ketiadaan suami aku,tp aku sndiri tidak tahu kenapa aku tidak dapat melupa dan meninggalkan suami aku semasa dia dalam penjara,walhal itu lah peluang untuk aku menjauhkan diri darinya,ternyata kekuatan kasih sayang aku dan suami mengatasi segala-galanya.
kini aku berharap suami aku akan terus berubah menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang,yang bertanggungjawap,biarlah aku menerima pelbagai hinaan kerana masih menjadi isteri kepada seorang bekas penagih dadah.padahal aku sendiri redha akan segala ujian yang diberi oleh tuhan kepada aku.,

