Ya Allah...aku mohon kpdmu berikan aku petunjukdan hidayahMu kpd aku..sesungguhnya aku ini hambaMu yg hina,jahil dan keji...aku hanya hambaMu yg x berupaya dan x berdaya melainkan hanya Engkau Yg Maha Berkuasa dari segala2nya...
Ya Allah ..tuhan yang memiliki segala keagungan di langit juga bumi...aku memohon keampunan dan kemaafan diatas segala dosa2yg aku lakukan...perbaikilah segala kesilapanku..bukakan pintu taubat untukku sebelum ajal menjemputku...aku mnemohon rahmat dan keredhaanMu ya Allah untuk aku teruskan perjalanan kehidupan ini sehinggalah aku menghampiri hari2 terakhir kematianku...jangan Kau biarkan aku dalam kesesatan yang nyata..jangan Kau biar aku tergolong dalam golongan hamba2Mu yg kufur.
Ya Allah..tuhan yang memiliki sifat2 Ar-Rahman dan Ar-Rahim..aku sedar aku bukan hamba pilihanMu untuk aku memiliki kasih sayangMu...namun aku sedar dan aku benar2 yakin segala nikmat kasih sayangMu tak pernah sedikitpun berkurangan...apa yg Kau berikan kepada aku adalah limpahan Rahmat dan Kasih SayangMu yang agung dan suci...tp aku terlalu hina kerana x pernah menghargai nikmatMu dgn kesyukuran...ampunkanlah aku ya Allah...bimbinglah aku...jangan Kau biar aku hidup dalam kesesatan yang nyata...
Sunday, 17 June 2012
Posted by anne salwa at 00:45 0 comments
Saturday, 17 December 2011
Ya Allah..aku memohon kepadaMu...selamatkanlah suami aku dari gejala dadah lagi..aku tak sanggup melihat dia dipenjarakan lagi...cukuplah selama ini dia hidup dalam keadaan tak bermaya..aku tak nak lagi dia ulang semula kisah silamnya yang penuh ranjau dan duri...selama ini aku terlalu berharap agar dia berubah dan aku sendiri telah cuba memperbaiki segala kesilapan yang aku lakukan demi melihat suami aku juga berubah..
YaAllah...aku redha menerima segala ujian dariMu..tetapi Kau jauhkanlah dia dari gejala dadah yang selama ini telah merosakkan seluruh kehidupannya dan membuat aku dan anak2 ku selalu dihimpit kesedihan yang berpanjangan..pada ayah dan arwah ibu juga aku persetankan segala kata nasihat dari mereka demi kerana rasa sayang yang tak pernah pudar pada suami aku..tiada tempat untuk aku mengadu...hanya padaMu lah Ya Allah aku memanjatkan doa menadah tangan agar diberikan kepada aku segala kekuatan seandainya sejarah lama terpaksa aku tempuhi lagi...
YaAllah...selama ini aku buang segala kata2 keluarga demi sebuah kebahagiaan aku,anak2 dan suami aku...aku mengharap setiap hari dan waktu biarlah saat2 dan waktu2 terakhir hayat aku bersama suami kerana selama ini dia banyak menghabiskan masa dalam penjara..aku tak mahu lagi perkara itu berulang..aku sedih bila sejak kebelakangan ini dia tak mempedulikan aku...dia sering letih dan tak bermaya,tiada gurau senda dan usikan nya yang selalu menghiburkan hati aku..aku rindu semua itu...perkara itulah yang aku alami suatu ketika dulu...adakah kini ia berulang lagi?kenapa aku diperbodohkan?aku tak minta apa2 dari dia...hanya aku berharap agar dia tidak mengulangi kisah silamnya...salahkah permintaan aku?
YaAllah andai benar dia sakit..kenapa dia tak keklinik..kenapa dia sanggup menahan kesakitannya begitu dan biarkan aku sendirian seolah2 aku tak ada dalam hidupnya...aku masak nasi pun dia tak makan..aku sedih sangat...apa salah aku YaAllah...Engkau bukalah pintu hatinya agar dia tidak membiarkan aku begini...aku tak sanggup melalui hari2 mendatang dalam keadaan dia begini.bila aku tanya apa masalahnya..dia buat tak tahu..bila aku tanya adakah dia terlibat dengan najis dadah lagi..dia tak mengaku...siapa aku pada dia...apakah aku tak layak untuk mengambil peduli hal dia..
YaAllah...aku lebih rela dan redha seandainya Engkau mengambil nyawanya daripada dia terperuk dalam penjara lagi..aku malu dengan keluarga aku..sedaya upaya aku cuba mempertahankan dirinya demi kerana sayang aku padanya dan aku telan semua hinaan orang padanya,aku bela dia,aku haramkan segala cacian dan maki hamun orang padanya kerana dia suami aku...tapi kenapa dia buat aku macam ni...dia tak pedulikan aku...dia biar aku tertanya2 sendiri kenapa dia jadi begitu...sedangkan dia boleh berbincang dengan aku..kalau dia sakit kerana gian..aku sanggup buang duit untuk rawatan dia..kalau dia sakit kerana kesihatannya kurang memuaskan aku ada kad insuran untuk dia berubat..tapi kenapa YaAllah...kenapa..
Aku merayu kepadaMu YaAllah...janganlah Kau siksa suami aku...jangan Kau siksa hati dan perasaan aku...aku memohon kepadaMu YaAllah ..Kau berilah suami aku kesihatan yang baik dan jauhkanlah dia dari penangan dadah lagi...biarlah sisa usia nya dihabiskan bersama kami sekeluarga...tak sanggup lagi aku melihat dia terkurung dalam penjara dan kami hidup tanpa kasih sayangnya...makbulkanlah doaku ini YaAllah..sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Posted by anne salwa at 19:16 0 comments
Tuesday, 6 December 2011
mencari keredhaan Allah
Aku terlalu rindu pada arwah mama,hampir 8 bulan mama pergi meninggalkan dunia yang fana ini,tp sesaat pun aku tak melupakan arwah mama..pelbagai kenangan datang menjengah ke minda disaat aku sendirian,hampir saban hari airmata menemani diriku bila aku teringat pada mama.
Aku bukan anak yang baik,aku anak yang banyak menyusahkan mama..ada saja perkara yang aku buat yang menyakiti hati mama,aku melayan mama bagai orang asing,tiada kemesraan yang aku tunjukkan pada mama..aku tak tahu kenapa aku sekejam ini,apa salah dan dosa mama hingga aku tergamak melakukan perkara sekejam ini.
Aku teringatkan masa kecil dan remaja ku,aku bukanlah anak yang terlalu degil,tapi mungkin ketegasan mama membuat aku takut pada mama dan papa,apalagi bila aku melakukan sesuatu kesalahan,aku akan berada dalam ketakutan yang amat sangat,kerana aku sudah tahu habuan yang pasti akan aku terima..iaitu kena rotan atau pukul,itu rutin harian yang pasti akan aku hadapi jika aku melakukan kesilapan walau sebesar hama.
Aku juga banyak membantu mama dalam apa jua keadaan mama,dalam susah atau senang mama,aku ikhlas menolong mama kerana aku anak sulung dan pada akulah mama bergantung harap melakukan kerja-kerja rumah.Dalam sihat mama akulah teman,dalam sakit mama aku juga lah yang ada disisi mama,adik=adik yang lain masih bersekolah dan aku lah saban waktu bersama mama.
Masa demi masa merubahkan segala-galanya..kami semua 4 beradik membesar dengan kasih sayang mama..tapi aku tak tahu apa silapnya aku,hubungan aku dan mama tak pernah elok,ada saja yang tidak kena,aku tak tahu adakah ia berpunca dari aku atau mama atau keadaan.
Dendam dan benci bersarang dihati aku,seolah-olah mama adalah musuh aku,aku sendiri tak tahu mana silapnya keadaan dan perasaan ini ujud,yang aku tahu aku cuba buat yang terbaik tapi yang jahat juga timbul.
Ada dalang,ada khianat,itu lumrah dalam kehidupan..dan kehadiran orang luar dalam hidup mama juga merubahkan kasih sayang mama pada anak-anakku,dan mama sentiasa kedinginan dengan aku.
Kini kalau boleh aku memutar kan masa untuk aku kembali kemasa silam dan mama hidup kembali aku mahu sujud dikaki mama,memohon keampunan dari mama diatas segala dosa-dosa aku pada mama,tapi mama telah pergi buat selama-lamanya,aku tak mungkin dapat bersama lagi diakhirat nanti,manum selagi hayat aku ada,aku cuba sedaya upaya untuk mendoakan kesejahteraan mama dialam barzakh sana..aku akan cuba menambah pahala buat arwah mama..masa yang berlalu tak akan kembali lagi..aku juga tak mungkin menjadi anak yang baik,namun Allah maha pengasih dan penyayang,aku tahu Allah tak akan menyusahkan hambaNYA dengan membiarkan hamba-hambanya bergelumang dengan dosa..InsyaAllah aku akan cuba membuat bakti demi arwah mama tercinta..aku mohon keredhaanMu ya Allah intuk aku mencari kekuatan yang telah hilang kerana dosa aku pada mama
Posted by anne salwa at 20:06 0 comments
Monday, 5 December 2011
keluhan perantau
Azman membuang pandang jauh nun kebendang yang terbentang luas.Angin nyaman di petang itu amat mendamaikan,bertemankan nyanyian sang unggas yang pulang petang setelah seharian berterbangan mencari rezeki.Azman bagai terpana melihat keindahan maya ciptaan Illahi,sesekali dia tersenyum sendiri apabila melihat beberapa ekor camar yang bagai bercumbu-cumbuan,tersentuh hati lelakinya menyaksikan kemesraan camar-camar itu yang sedang memadu kasih dalam suasana nyaman di petang nan indah.
Mengapa wajah dia yang hadir disaat ini?Mengapa dia yang harus datang dalam minda nya diketika ini,ketenangan Azman terganggu,fikirannya bercelaru,kemesraan camar-camar tadi telah membawa kenangan lalu menemani dirinya di petang yang menghampiri senja.Ayuni..gadis pertama yang pernah bertakhta dihati lelakinya beberapa tahun yang lepas.Ayuni,gadis desa yang berhemah tinggi dan lemah lembut itu telah berjaya memikat hatinya yang ketika itu amat membenci akan insan yang bergelar wanita.Kerana dari pengalaman masa remajanya,menyaksikan perlakuan ibunya yang bermain kayu tiga dibelakang ayahnya,melihat penderitaan ayahnya diatas sikap ibunya membuatkan Azman amat membenci semua insan yang bernama perempuan.
Abang,Ayu hanya ada abang dalam hidup Ayu,tiada lelaki lain lagi yang Ayu cintai,walaupun nyawa menjadi galang ganti,Ayu akan tetap setia pada abang seorang.Kata-kata dan janji-janji Ayuni masih terngiang-ngiang dihalwa telinganya.Abang akan setia pada Ayu selagi Ayu menyayangi abang,abang tahu abang tak dapat memberi kemewahan,abang tak janjikan mahligai impian,abang tak janjikan bulan dan bintang untuk abang membahagiakan Ayu,tetapi abang berjanji abang akan cuba merubah kehidupan kita menjadi sempurna walau hidup kita sederhana,Azman melafazkan kata sambil memegang tangan Ayuni.
Ayu,abang akan pergi kebandar,mencari pekerjaan yang dapat menjaminkan masa depan kita,bila abang dah cukup duit,abang akan pulang dengan seribu harapan,abang akan meminang Ayu,dan abang akan membawa Ayu bersama abang,kita bina hidup baru,kita keluar dari kepompong kemiskinan,kadang-kadang kita perlu keluar dari kampung halaman kita untuk kita mencari sesuap nasi dan membina kehidupan sempurna,abang harap Ayu akan menantikan kepulangan abang ya.Itulah ungkapan kata terakhir sebelum Azman berangkat ke Kuala Lumpur.
Di Kota Motropolitan Kuala Lumpur ini,Azman meneroka setiap pelusuk lorang dan jalan untuk mencari sesuap nasi,pemuda kampung yang tak berpelajaran sepertinya tak mungkin akan diterima bekerja di jabatan-jabatan besar yang gah di Kuala Lumpur ini,dia hanya ada kudrat empat kerat untuk dia meneruskan hidup dikota yang mencabar ini,jika nasibnya buruk dia akan kecundang,Azman masih ingat akan pesan dan amanat arwah bapanya,jangan mudah putus asa dan jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan.Dan pesanan arwah bapanya disematkan dihatinya..Azman berhenti disebuah surau dipinggir kota,dia memasuki pintu pagar surau itu menuju ke sebuah kolah ditepi surau,memulas kepala paip,meneguk air yang mengalir dari paip itu,setelah dahaganya hilang,dia mencuci muka yang melekit kerana peluh dan habuk,kemudian dia mengambil wuduk,setelah selesai,dia memasuki kedalam surau dan menunaikan sembahyang Maghrib,beberapa orang yang bersembahyang di surau itu kehairanan melihat ada tetamu asing yang turut sama bersolat bersama mereka,tetapi mereka tidak menanya siapakah Azman.Setelah selesai menunaikan solat Maghrib,Azman bersandar ditepi dinding,meluruskan kakinya yang kepenatan setelah seharian berjalan,kemudian azan Isyak berkumandang,Azman menunaikan solat sunat sebelum Isyak,beberapa minit kemudian mendirikan solat Isyak bersama-sama jemaah surau yang lain,setelah selesai menunaikan solat Isyak,mendengar pula tazkirah ringkas yang dibacakan oleh imam,setelah selesai semuanya,seorang demi seorang jemaah meninggalkan surau,tetapi Azman masih tidak berganjak,niatnya mahu melelapkan mata disurau,itupun jika diizinkan oleh imam surau tersebut.
Assalamualaikum,sapa imam tadi,azman sedikit terkejut kerana disangkanya tiada yang sudi untuk menyapanya,maklumlah orang asing yang datang dan merempat tiada tempat tinggal,mungkin orang beranggapan dia penjahat atau apa-apa saja yang boleh dikaitkan dengan keadaannya disaat itu.
Waalaikumsalam,jawab Azman sedikit malu dengan keadaannya,maaf ya Imam,malam ini saya agak kepenatan,boleh kah kiranya saya menumpang tidur seketika disurau ini,esok selepas subuh saya akan pergi dari sini,Azman meminta izin dari Imam Dollah,dia adalah ketua imam disurau itu.Imam Dollah bersila sebelah Azman,tangannya dihulur menyalami Azman dan Azman menyambut dengan senyuman."Anak ni dari mana?"Tanya Imam Dollah pada Azman,'Saya berasal dari kampung sebelah Utara,saya merantau ke Kuala Lumpur ini untuk mencari pekerjaan,tetapi kerana saya tidak berpelajaran,itu amat menyukarkan saya untuk mencari kerja di bandar besar seperti ini,kata Azman dalam keadaan malu akan dirinya yang berangan-angan untuk mendapat rezeki yang lebih baik dikota besar ini.Imam Dollah mengangguk tanda memahami hasrat hati Azman.'Beginilah,Pakcik ada sebuah ladang menternak kambing,kalau anak sudi,anak kerjalah diladang itu,Pakcik akan sediakan tempat tinggal dan makan minum anak,Pakcik akan bayar gaji anak seribu lima ratus sebulan,itu termasuk bayaran untuk kerja lebih masa,dan Pakcik akan tambah lagi jika untungnya lebih,macamana?Adakah anak setuju,tak mengapa esok sebelum subuh Pakcik akan datang jumpa anak disini,jadi fikir lah tawaran Pakcik ini baik-baik,kata Imam Dollah sambil berdiri minta diri untuk pulang.
Sepanjang malam itu Azman sukar melelapkan mata,memikirkan tawaran Imam Dollah tadi dan menimang-nimangkan gaji yang ditawarkan oleh Imam Dollah,dalam kepenatan tak terkata akhirnya Azman terlelap jua,melepaskan lelah barang seketika sebelum pagi muncul.Azman terjaga apabila Imam melaungkan Muadzin.Terpisat-pisat mata Azman,pedih sedikit kerana keletihan.Azman bangun,menuju ke bilik air kecil tepi surau,mandi ala kadar,mengambil wuduk dan menuju kedalam surau,membaca AlQuran sementara azan subuh berkumandang.Setelah masuk waktu subuh,Azman menunaikan solat bersama beberapa orang jemaah yang hadir,setelah selesai solat dan tazkirah pagi,Azman mendapatkan Imam Dollah,Azman memberi salam dan dijawab oleh Imam Dollah.
Pakcik,memandangkan saya tidak berpelajaran,saya tak mampu pergi lebih jauh,jadi saya terima tawaran Pakcik,asalkan saya mendapat kerja yang halal,dan kalau Pakcik izinkan biarlah saya tinggal sementara disurau ini,saya masih belum ada wang untuk menyewa rumah,apalagi bilik pun saya tak mampu.Imam Dollah tersenyum mendengar penjelasan Azman,dia merapati Azman dan menyuruh Azman mengemas beg sandang yang dibawanya,,Azman..nama anak Azmankan?Mari ikut Pakcik nak,nanti Pakcik tunjukkan tempat tinggal Azman,dan Azman rehatlah disitu sebelum Azman memulakan tugas diladang kambing nanti.Azman menurut kata Imam Dollah,setelah mengemas beg sandangnya Azman membuntuti Imam Dollah.
Ini adalah rumah Pakcik,Azman terpegun melihat rumah kayu yang besar dan cantik yang terletak dipinggir kota itu.Mari masuk Man,jangan malu,buatlah macam rumah sendiri,Pakcik izinkan,kata Imam Dollah sambil mengakaj Azman masuk ke dalam rumah.Pakcik hanya tinggal seorang dirumah ini,isteri Pakcik dah tiga bulan meninggal dunia,Pakcik tidak mempunyai anak,mungkin bukan rezeki Pakcik,jadi Pakcik harap Azman sudi menemani Pakcik dirumah ini.Setiap hari ada seorang pembantu akan datang tolong mengemas dan memasak,nama dia Mak Odah,dan suaminya juga akan jaga kawasan rumah ini.mereka berdua telah lama bekerja dengan Pakcik,ada juga Pakcik mengajak mereka tinggal disini tetapi mereka menolak,alasan mereka adalah kerana anak cucu mereka tiada siapa yang menjaga,jadi mereka berulang alik setiap hari kesini,mereka memulakan kerja pukul 8 pagi dan akan pulang selepas zohor.,Imam Dollah menceritakan serba sedikit kisah dirinya pada Azman.
Sekarang Azman telah memulakan kerja diladang ternakan kambing Imam Dollah,kebaikan Imam Dollah tidak dipersia-siakan oleh Azman,akhirnya Azman menjadi seorang penternak kambing yang berjaya,dari gaji yang diperolehi,dia berjimat cermat,menggunakan duitnya untuk tujuan tertentu sahaj,lagipun makan minumnya ditanggung,rumah tak perlu disewa,inilah kesempatan untuk dia mengumpul duit demi janjinya pada Ayuni,gadis pujaannya yang sentiasa dirinduinya,hanya surat-surat yang dihantar dan dibalas oleh Ayuni saja menjadi penawar rindunya..Azman bermonolog sendiri...sabar ya Ayu,dalam waktu terdekat ni abang akan pulang,kita akan bina hidup baru,abang akan tunaikan semua janji abang pada Ayu..kenapa ya aku terlalu ingatkan Ayu...surat-surat aku juga tidak berbalas,tidak seperti selalu..adakah Ayu sihat?Ayu,sabar sayang,abang akan pulang,abang mahu sunting Ayu menjadi milik abang,abang dah senang sekarang,berkat usaha abang,tunggu ya sayang...
Azman bertemu dengan bapa angkatnya iaitu Imam Dollah,Pakcik,saya mahu pulang kekampung,saya mahu tunaikan janji saya pada seseorang,dia sedang menunggu janji-janji saya,saya minta izin Pakcik untuk pulang beberapa waktu.Imam Dollah tersenyum sambil memandang Azman,pergilah Man,Pakcik izinkan,Man juga perlukan seseorang disisi untuk menjaga Man,Pakcik faham hati dan perasaan Man,kalau tak kerana seseorang tak mungkin Man merantau sejauh ini mencari rezeki,betul tak?Imam Dollah meneka hati Azman,Azman tunduk malu,tanpa mengia-iakan kata-kata Imam Dollah,biarlah Imam Dollah dengan telahannya sendiri.memang benarpun tekaan Imam Dollah,bapa angkatnya itu.
Azman tiba dikampungnya dengan satu azam dan cita-cita.Impian nya untuk memiliki Ayuni kini semakin hampir digapainya.Azman sampai kerumah usang peniggalan arwah ayahnya.Dibuka pintu,aahh..berselerakan dan habuk meliputi segenap ruang,3 tahun Azman tinggalkan rumah pusakanya demi sesuap nasi,kini dia kembali untuk menyerikan suasana rumah itu dengan bunga cinta hatinya Ayuni..Azman berdiri ditepi jendela memandang kesawah yang luas terbentang,kenangan bersama janji Ayuni masih segar diingatannya..dia bercadang mahu berjumpa Ayuni petang nanti dan sememangnya kepulangannya dirahsiakan dari Ayuni.
Kelihatan kanak-kanak riang bermain layang-layang dalam terik matahari..Aahh..kanak-kanak..apa yang mereka tahu,hujan,panas,badai,taufan,pada mereka hanyalah keseronokan.Kanak-kanak itu melewati rumah usangnya,,terpandang akan Azman yang sedang berdiri dijendela,ada yang masih mengenali Azman dan ada yang langsung lupa pada Azman,maklumlah 3 tahun bukan jangka waktu yang singkat dia keluar dari kampung itu.Abang Man..bila abang balik?Tanya Fikri,kanak-kanak comel yang berusia 5 tahun,dia menjejak kaki ketangga dan duduk dibirai tangga,Azman menuju kepintu menurunu tangga dan duduk sebelah fikri.Abang balik pagi tadi,abang tengok kampung ni dah banyak berubah,dulu semua rumah papan,sekarang ada yang dah berumah batu,jalan pun dah bertar,dah banyak bangunan besar-besar,entah kenapa dia menceritakan semua itu pada Fikri yang masih anak hingusan,adakah fikri faham dan tahu keadaan dulu dan sekarang,,tiba-tiba dia tersenyum sendiri..
Fikri,jom ikut abang pergi kubur,abang mahu ziarah pusara arwah ayah abang,dah lama abang tak ziarah,entah macamana rupa kubur tu,entah-entah rumput dah panjang,Azman mengajak Fikri kekuburan yang terletak dihujung kampung,Boleh tapi nanti Fikri beritahu Mak dulu,nanti mak cari pula,jawab Fikri sambil berlari pulang kerumahnya..
Sampai diperkuburan,Azman mencari pusara ayahnya,rumput panjang dicabut,dicangkul juga rumpur-rumput dipusara yang berdekatan,kemudian Azman membaca surah yassin,disedekahkan untuk arwah bapanya,dibacakan AlFatihah disedekahkan untuk arwah-arwah muslimin-muslimat yang terlebih dahulu pergi mengadap Illahi.Fikri setia berada disisi Azman,dia memang takut kalau diajak keperkuburan itu,tetapi dia tetap mahu tahu apakah yang ada diperkuburan...itulah namanya kanak-kanak..belum sepenuhnya memahami apa yang ada didalam dunia fana ini..
Selangkah Azman mahu pulang,matanya tertancap pada sebuah pusara,batu nisannya terukir nama Nur Ayuni binti Muhammad..Azman terpaku seketika,dia ulang membaca nama yang terukir pada batu nisan tersebut..tiba-tiba airmatanya bergenang,benarkah apa yang aku lihat ini?Tanya Azman pada dirinya sendiri..Azman memanggil Fikri mendekatinya..Ada apa abang Man?tanya Fikri.Fikri...Fikri tahu tak ini kubur siapa?Azman menanya mahukan kepastian..Ini kubur kak Ayu,kak Ayu sakit,tapi Fikri tak tahu cerita sebenarnya,jelas Fikri pada Azman
Azman pulang kerumah dengan hati yang rawan,kesedihan menghimpit jiwanya,kenapa kekasih hati yang berjanji untuk menanti kepulangannya terlebih dulu meninggalkannya,hanya batu nisan yang menyambut kepulangannya.
'Makcik minta maaf Man,Makcik tak tahu begini berakhir perjalanan hidup Ayu,Mak Kiah membuka mulut setelah lama mendiamkan diri bila berhadapan dengan Azman dan diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan oleh Azman.,Airmata kelihatan mengalir lesu diwajah tua Mak Kiah..Pak Utih kau yang beria-ia mahu kahwinkan Ayu dengan si Leman,budak kampung sebelah yang terkenal dengan kaki judinya,apa kurang Pak Utih kau,bukan kau tak tahu Man,Pak Utih kau pun taik judi juga,Mak Kiah terhenti berbicara dalam sendu yang panjang.kemudian setelah esakkannya reda Mak Kiah menyambung semula..pada sau malam,pak utih kau pulang dalam keadaan marah,biasalah dia kalah teruk,minta duit dengan Mak Kiah,tapi manalah Mak Kiah ada duit,dipukul Mak kiah,tengoklah parut di pipi Mak kiah ni,terkena serpihan kaca dari botol yang dipecahkannya,kemudian dia mengugut mahu bunuh Mak Kiah,kerana takut Mak kiah lari ke rumah pak imam,masa t mak kiah betul-betul lupa yang mak kiah telah tinggalkan Ayu keseorangan..Mak Kiah mengajak pak imam pulang kerumah,setiba dirumah,mak kiah terkejut amat kerana Pak utih kau telah memperkosa Ayu kerana mahu menutup aib dan malu Mak kiah mencari orang yang sanggup menjadi suami pada Ayu,masa tu Pak utih telah ditangkap polis,pak imam yang buat laporan pada polis.,dan disebabkan Pak Utih kau banyak behutang dengan leman maka Mka Kiah terpaksa relakan Ayu kahwin dengan leman,tetapi Ayu tak bahagia,Ayu dilayan macam perempuan simpanan,bila dia perlukan ayu dia akan pulang,jika dia kalah judi ayu akan jadi mangsanya..hingga pada suatu hari mereka bergaduh besar,entah dimana silapnya Mak kiah pun tak tahu,Leman tiba-tiba naik minyak,katanya Ayu berlaku curang kerana Leman terjumpa surat-surat dan gambar yang Man kirimkan pada Ayu,padahal selepas kahwin,Ayu langsung tak menghubungi Man dan mengutuskan sebarang beritapun pada Man..Ayu disepak terajang,kepala Ayu dihantuk pada dinding,rambut Ayu direntap-rentap,luluh hati Mak Kiah melihat keadaan Ayu,kerana tak tahan menanggung kesakitan Ayu telah mencapai sebilah pisau dan menghunus pisau itu keperutnya sendiri,darah membuak-buak keluar,mak kiah terus pengsan dan tak tahu apa terjadi..sedar-sedar mak kiah dihospital,leman ditangkap polis atas kerjasama jiran-jiran kita..setelah mak kiah pulih,mak kiah pulang ke rumah,Pak imam memberitahu mak kiah yang Ayu mati ditempat kejadian,Pak Imam kata tak mungkin Ayu membunuh diri jika dia waras dan sedar,tetapi keadaannya ketika itu terlalu nazak,sakitnya tak tertanggung,semuga Allah mengampuni segala dosa-dosanya...Mak Kiah tak dapat menahan sebak yang menyesak didadanya.
Azman ketepi sawah tempat dia memadu janji dengan Ayu,segala kenangan bersama Ayu menemani perjalanan hidupnya..Ayu selamat tinggal sayang,abang akan pergi dari kampung ini,abang tak akan kembali lagi..biarlah abang semat segala janji Ayu dilubuk hati abang yang paling dalam,abang sayangkan Ayu,Ayulah wanita pertanma dan terakhir dalam hidup abang,abang merantau jauh demi sebuah kebahagiaan buat kita tapi yang abang temui adalah kedukaan dan kepedihan yang Ayu tinggalkan..Abang tunaikan segala janji abang pada Ayu tapi Ayu kuburkan segala janji Ayu pada abang,Ayu bersemadi bersama janji-janji Ayu..Abang akan sentiasa doakan kesejahteraan Ayu,bersemadilah dengan tenang disisi Allah yang Esa..Biarlah abang lalui jalan yang gelap dan sunyi tanpa cahaya cinta Ayu,biarlah abanh susuri lorong-lorong sepi tanpa gurau senda dan tawa riang yang pernah Ayu hadiahkan buat abang,
Sebelum berangkat semula kekota kuala lumpur,Azman kepusara ayahnya,setelah sedekahkan surahyassin dan Alfatihah buat arwah ayahnya,azman menuju kepusara Ayuni,disitu airmatanya tumpah mengenai batui nisan yang kaku sepi..disedekahkan AlFatihah buat insan tercinta..Ayu..cinta Ayu tetap mekar dihati abang,tak pernah layu walau dimusim kemarau yang panjang,abang akan sentiasa menyiram ia dengan kasih sayang abang agar sentiasa mewangi ditaman hati abang,,selamat tinggal sayang,abang akan sentiasa doakan kesejahteraan Ayu dan nantikan kehadiran abang dipintu syurga..
Azman pergi meninggalkan segala kenangan bersama Ayu..namundihatinya hanya Ayuni yang bertakhta..walau Imam Dollah bapa angkatnya cuba menjodohkan Azman dengananak-anak kenalannya,namun semangat Ayuni ada bersamanya,tak langsung tergugat kasih sayangnya pada Ayuni walau telah bertahun Ayuni pergi meninggalkannya..Cita-citanya telah tercap[ai tetapi impiannta hancur lebur namun untuk dia membina impian seteguh tembok batu telah lama padam dalam hatinya...Ayu dan Ayu dan selamanya adalah Ayu dihatinya...semangat dan cinta Ayu membuatkan dia sentiasa bersama dengan kambing-kambing ternakannya kerana bermula dari ternakan inilah dia membina impian seteguh harapannya pada Ayu..Ayu yang meninggalkannya dengan penuh kedukaan...semuga Ayu tenang disana bersama Allah yang Esa...selamat tinggal Ayu...mekarmu ditaman hatiku...AZMAN...
Posted by anne salwa at 07:30 0 comments
Saturday, 3 December 2011
Dia berjalan menuju kejendela..lalu dedaun jendela dibuka luas..membiarkan angin senja menerobos dan menyapa sayu wajah dukanya.
Posted by anne salwa at 11:24 0 comments
Friday, 2 December 2011
mencari keredhaanMu
Assalamualaikum...aku terlalu rindukan laman kesayanganku ini...hari ini aku berpeluang membuka blogger aku..walau mata aku terlalu mengantuk tp aku tahankan jua demi sebuah laman yg amat aku sayangi ini...
aku tahu untuk menjadi seorang penulis memerlukan idea yg mantap dan bernas...aku tak punyai semua itu...tapi aku cuba berkarya dgn cara aku sendiri demi menghibur hati aku sendiri...adakala aku rindu masa2 yg telah lama berlalu meninggalkan aku...adakala aku terlalu rindu untuk mengulangi saat dulu tp semua itu tak ku temui...
kini aku cuba mencari ketenangan diri,aku mencari akan kebesaran Allah..aku mencari keagungan Allah...aku tahu aku masih jauh dari Allah kerana dosa2 yg banyak aku lakukan telah menghijabkan kasih sayang antara Allah dan aku tahu aku sekadar insan biasa yg tak berdaya dan berupaya melainkan hanya Allah Yang Maha berkuasa..
Kini aku terlalu berharap agar rahmat Allah mengatasi kemungkaranNya...semuga aku temui apa yang aku cari..semuga aku dapat menggapai kasih sayang Allah...semuga aku mendapat kekuatan untuk aku tempuhi segala cubaan dan ujian Allah...aku tak mengharapkan syurga walau aku takut masuk neraka...tp aku terlalu mengharapkan keredhaan Allah...semuga Allah memberikan aku taufiq dan hidayahNya kepada aku..
.
Posted by anne salwa at 06:02 0 comments
Saturday, 19 November 2011
citer nie ksh semasa aku kecik2 dulu...aku mmg terkenal dgn kenakalan yg terlampau...papa dan arwah mama risau sgt akan diri aku...tp nk buat camne..dah ditakdir kan keadaan diri aku camni...
masa aku drjah 3 aku bersekolah di Titi Gajah,Alor setar...aku hanya berjalan kaki kesekolah...sekali sekala arwah mama akan menghantar dan menjemput aku balik...ada masa aku melalui jalan 'short cut' dlm kmpng...seronok nya berjalan dlm kampung nie satu je...aku suka memetik buah-buahan yang dapat dicapai tangan...itu lah rutin harian aku sepanjang hari pergi dan balik sekolah...
dulu...org kedekut nak maut...buah-buahan yang x berapa sen nilainya tu...mcm beribu ringgit harganya pada mereka...rupa2nya mereka tidak mendiamkan diri..mereka memberitahu papa aku yg aku selalu memetik buah-buahan dipokok mereka...apalagi bila aku pulang dari sekolah...dan hanya menanti apa hukuman yg akan papa beri pada aku...tentulah rotan hingga berbirat...aku berdendam...aku akan ulang perbuatan aku bila aku ada peluang melakukan perkara itu...
adakala aku menjadi begitu baik...aku msh ingat lagi...rumah kampung yg disewa oleh papa dikelilingi pokok mempelam yang tinggi dan berbuah lebat...bila angin kuat atau bila buah mempelam itu masak...ia akan gugur...aku dgn bermurah hati akan mengutip buah2 itu dan aku akan kumpulkan buah2 itu...yang buahnya ranum dan cantik aku akan ambil dan yang agak putik dan x berapa elok aku hantar ke rumah tuan rumah...mmg dasar org kedekut apa salahnya hulurkan pada aku sebiji dua buah mempelam itu sebagai membalas budi aku nie...nasib baik aku dah ambik bahagian aku...
sekarang aku tergelak sorang2 bila aku melihat buah-buahan bertaburan atas tanah..x siapa pun yang peduli..bagai tak berharga buah-buahan itu...ada sesetengah orang menjual buah-buahan tersebut...tak kurang pula yang biarkan orang mengambilnya...kira sedekah la tu...tp zaman aku kecil dulu...buah rambutan 2 biji pun mereka sanggup tunggu...manalah tahu buah itu menjadi habuan aku...aku terfikir juga bawa ke matikah buah-buahan tu semua yg kedekut nak maut...
alhamdulillah...sekarang segala2 berubah...walau ada yg masih kedekut tp kalau setakat buah yang tak termakan oleh mereka disedekahkan saja...x payah sibuk2 nak beli...sampai anak2 aku pun x heran pada buah2an itu semua...sbb mereka dpt merasa buah dari kebun atok mereka...
aku harap anak2ku x mengikut jejak aku masa aku kecil..apa saja yg mereka mahu aku beri kerana aku x mahu mereka menjadi seperti aku....
Posted by anne salwa at 20:47 0 comments

