BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 5 December 2011

keluhan perantau

Azman membuang pandang jauh nun kebendang yang terbentang luas.Angin nyaman di petang itu amat mendamaikan,bertemankan nyanyian sang unggas yang pulang petang setelah seharian berterbangan mencari rezeki.Azman bagai terpana melihat keindahan maya ciptaan Illahi,sesekali dia tersenyum sendiri apabila melihat beberapa ekor camar yang bagai bercumbu-cumbuan,tersentuh hati lelakinya menyaksikan kemesraan camar-camar itu yang sedang memadu kasih dalam suasana nyaman di petang nan indah.

Mengapa wajah dia yang hadir disaat ini?Mengapa dia yang harus datang dalam minda nya diketika ini,ketenangan Azman terganggu,fikirannya bercelaru,kemesraan camar-camar tadi telah membawa kenangan lalu menemani dirinya di petang yang menghampiri senja.Ayuni..gadis pertama yang pernah bertakhta dihati lelakinya beberapa tahun yang lepas.Ayuni,gadis desa yang berhemah tinggi dan lemah lembut itu telah berjaya memikat hatinya yang ketika itu amat membenci akan insan yang bergelar wanita.Kerana dari pengalaman masa remajanya,menyaksikan perlakuan ibunya yang bermain kayu tiga dibelakang ayahnya,melihat penderitaan ayahnya diatas sikap ibunya membuatkan Azman amat membenci semua insan yang bernama perempuan.

Abang,Ayu hanya ada abang dalam hidup Ayu,tiada lelaki lain lagi yang Ayu cintai,walaupun nyawa menjadi galang ganti,Ayu akan tetap setia pada abang seorang.Kata-kata dan janji-janji Ayuni masih terngiang-ngiang dihalwa telinganya.Abang akan setia pada Ayu selagi Ayu menyayangi abang,abang tahu abang tak dapat memberi kemewahan,abang tak janjikan mahligai impian,abang tak janjikan bulan dan bintang untuk abang membahagiakan Ayu,tetapi abang berjanji abang akan cuba merubah kehidupan kita menjadi sempurna walau hidup kita sederhana,Azman melafazkan kata sambil memegang tangan Ayuni.

Ayu,abang akan pergi kebandar,mencari pekerjaan yang dapat menjaminkan masa depan kita,bila abang dah cukup duit,abang akan pulang dengan seribu harapan,abang akan meminang Ayu,dan abang akan membawa Ayu bersama abang,kita bina hidup baru,kita keluar dari kepompong kemiskinan,kadang-kadang kita perlu keluar dari kampung halaman kita untuk kita mencari sesuap nasi dan membina kehidupan sempurna,abang harap Ayu akan menantikan kepulangan abang ya.Itulah ungkapan kata terakhir sebelum Azman berangkat ke Kuala Lumpur.

Di Kota Motropolitan Kuala Lumpur ini,Azman meneroka setiap pelusuk lorang dan jalan untuk mencari sesuap nasi,pemuda kampung yang tak berpelajaran sepertinya tak mungkin akan diterima bekerja di jabatan-jabatan besar yang gah di Kuala Lumpur ini,dia hanya ada kudrat empat kerat untuk dia meneruskan hidup dikota yang mencabar ini,jika nasibnya buruk dia akan kecundang,Azman masih ingat akan pesan dan amanat arwah bapanya,jangan mudah putus asa dan jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan.Dan pesanan arwah bapanya disematkan dihatinya..Azman berhenti disebuah surau dipinggir kota,dia memasuki pintu pagar surau itu menuju ke sebuah kolah ditepi surau,memulas kepala paip,meneguk air yang mengalir dari paip itu,setelah dahaganya hilang,dia mencuci muka yang melekit kerana peluh dan habuk,kemudian dia mengambil wuduk,setelah selesai,dia memasuki kedalam surau dan menunaikan sembahyang Maghrib,beberapa orang yang bersembahyang di surau itu kehairanan melihat ada tetamu asing yang turut sama bersolat bersama mereka,tetapi mereka tidak menanya siapakah Azman.Setelah selesai menunaikan solat Maghrib,Azman bersandar ditepi dinding,meluruskan kakinya yang kepenatan setelah seharian berjalan,kemudian azan Isyak berkumandang,Azman menunaikan solat sunat sebelum Isyak,beberapa minit kemudian mendirikan solat Isyak bersama-sama jemaah surau yang lain,setelah selesai menunaikan solat Isyak,mendengar pula tazkirah ringkas yang dibacakan oleh imam,setelah selesai semuanya,seorang demi seorang jemaah meninggalkan surau,tetapi Azman masih tidak berganjak,niatnya mahu melelapkan mata disurau,itupun jika diizinkan oleh imam surau tersebut.

Assalamualaikum,sapa imam tadi,azman sedikit terkejut kerana disangkanya tiada yang sudi untuk menyapanya,maklumlah orang asing yang datang dan merempat tiada tempat tinggal,mungkin orang beranggapan dia penjahat atau apa-apa saja yang boleh dikaitkan dengan keadaannya disaat itu.

Waalaikumsalam,jawab Azman sedikit malu dengan keadaannya,maaf ya Imam,malam ini saya agak kepenatan,boleh kah kiranya saya menumpang tidur seketika disurau ini,esok selepas subuh saya akan pergi dari sini,Azman meminta izin dari Imam Dollah,dia adalah ketua imam disurau itu.Imam Dollah bersila sebelah Azman,tangannya dihulur menyalami Azman dan Azman menyambut dengan senyuman."Anak ni dari mana?"Tanya Imam Dollah pada Azman,'Saya berasal dari kampung sebelah Utara,saya merantau ke Kuala Lumpur ini untuk mencari pekerjaan,tetapi kerana saya tidak berpelajaran,itu amat menyukarkan saya untuk mencari kerja di bandar besar seperti ini,kata Azman dalam keadaan malu akan dirinya yang berangan-angan untuk mendapat rezeki yang lebih baik dikota besar ini.Imam Dollah mengangguk tanda memahami hasrat hati Azman.'Beginilah,Pakcik ada sebuah ladang menternak kambing,kalau anak sudi,anak kerjalah diladang itu,Pakcik akan sediakan tempat tinggal dan makan minum anak,Pakcik akan bayar gaji anak seribu lima ratus sebulan,itu termasuk bayaran untuk kerja lebih masa,dan Pakcik akan tambah lagi jika untungnya lebih,macamana?Adakah anak setuju,tak mengapa esok sebelum subuh Pakcik akan datang jumpa anak disini,jadi fikir lah tawaran Pakcik ini baik-baik,kata Imam Dollah sambil berdiri minta diri untuk pulang.

Sepanjang malam itu Azman sukar melelapkan mata,memikirkan tawaran Imam Dollah tadi dan menimang-nimangkan gaji yang ditawarkan oleh Imam Dollah,dalam kepenatan tak terkata akhirnya Azman terlelap jua,melepaskan lelah barang seketika sebelum pagi muncul.Azman terjaga apabila Imam melaungkan Muadzin.Terpisat-pisat mata Azman,pedih sedikit kerana keletihan.Azman bangun,menuju ke bilik air kecil tepi surau,mandi ala kadar,mengambil wuduk dan menuju kedalam surau,membaca AlQuran sementara azan subuh berkumandang.Setelah masuk waktu subuh,Azman menunaikan solat bersama beberapa orang jemaah yang hadir,setelah selesai solat dan tazkirah pagi,Azman mendapatkan Imam Dollah,Azman memberi salam dan dijawab oleh Imam Dollah.

Pakcik,memandangkan saya tidak berpelajaran,saya tak mampu pergi lebih jauh,jadi saya terima tawaran Pakcik,asalkan saya mendapat kerja yang halal,dan kalau Pakcik izinkan biarlah saya tinggal sementara disurau ini,saya masih belum ada wang untuk menyewa rumah,apalagi bilik pun saya tak mampu.Imam Dollah tersenyum mendengar penjelasan Azman,dia merapati Azman dan menyuruh Azman mengemas beg sandang yang dibawanya,,Azman..nama anak Azmankan?Mari ikut Pakcik nak,nanti Pakcik tunjukkan tempat tinggal Azman,dan Azman rehatlah disitu sebelum Azman memulakan tugas diladang kambing nanti.Azman menurut kata Imam Dollah,setelah mengemas beg sandangnya Azman membuntuti Imam Dollah.

Ini adalah rumah Pakcik,Azman terpegun melihat rumah kayu yang besar dan cantik yang terletak dipinggir kota itu.Mari masuk Man,jangan malu,buatlah macam rumah sendiri,Pakcik izinkan,kata Imam Dollah sambil mengakaj Azman masuk ke dalam rumah.Pakcik hanya tinggal seorang dirumah ini,isteri Pakcik dah tiga bulan meninggal dunia,Pakcik tidak mempunyai anak,mungkin bukan rezeki Pakcik,jadi Pakcik harap Azman sudi menemani Pakcik dirumah ini.Setiap hari ada seorang pembantu akan datang tolong mengemas dan memasak,nama dia Mak Odah,dan suaminya juga akan jaga kawasan rumah ini.mereka berdua telah lama bekerja dengan Pakcik,ada juga Pakcik mengajak mereka tinggal disini tetapi mereka menolak,alasan mereka adalah kerana anak cucu mereka tiada siapa yang menjaga,jadi mereka berulang alik setiap hari kesini,mereka memulakan kerja pukul 8 pagi dan akan pulang selepas zohor.,Imam Dollah menceritakan serba sedikit kisah dirinya pada Azman.

Sekarang Azman telah memulakan kerja diladang ternakan kambing Imam Dollah,kebaikan Imam Dollah tidak dipersia-siakan oleh Azman,akhirnya Azman menjadi seorang penternak kambing yang berjaya,dari gaji yang diperolehi,dia berjimat cermat,menggunakan duitnya untuk tujuan tertentu sahaj,lagipun makan minumnya ditanggung,rumah tak perlu disewa,inilah kesempatan untuk dia mengumpul duit demi janjinya pada Ayuni,gadis pujaannya yang sentiasa dirinduinya,hanya surat-surat yang dihantar dan dibalas oleh Ayuni saja menjadi penawar rindunya..Azman bermonolog sendiri...sabar ya Ayu,dalam waktu terdekat ni abang akan pulang,kita akan bina hidup baru,abang akan tunaikan semua janji abang pada Ayu..kenapa ya aku terlalu ingatkan Ayu...surat-surat aku juga tidak berbalas,tidak seperti selalu..adakah Ayu sihat?Ayu,sabar sayang,abang akan pulang,abang mahu sunting Ayu menjadi milik abang,abang dah senang sekarang,berkat usaha abang,tunggu ya sayang...

Azman bertemu dengan bapa angkatnya iaitu Imam Dollah,Pakcik,saya mahu pulang kekampung,saya mahu tunaikan janji saya pada seseorang,dia sedang menunggu janji-janji saya,saya minta izin Pakcik untuk pulang beberapa waktu.Imam Dollah tersenyum sambil memandang Azman,pergilah Man,Pakcik izinkan,Man juga perlukan seseorang disisi untuk menjaga Man,Pakcik faham hati dan perasaan Man,kalau tak kerana seseorang tak mungkin Man merantau sejauh ini mencari rezeki,betul tak?Imam Dollah meneka hati Azman,Azman tunduk malu,tanpa mengia-iakan kata-kata Imam Dollah,biarlah Imam Dollah dengan telahannya sendiri.memang benarpun tekaan Imam Dollah,bapa angkatnya itu.

Azman tiba dikampungnya dengan satu azam dan cita-cita.Impian nya untuk memiliki Ayuni kini semakin hampir digapainya.Azman sampai kerumah usang peniggalan arwah ayahnya.Dibuka pintu,aahh..berselerakan dan habuk meliputi segenap ruang,3 tahun Azman tinggalkan rumah pusakanya demi sesuap nasi,kini dia kembali untuk menyerikan suasana rumah itu dengan bunga cinta hatinya Ayuni..Azman berdiri ditepi jendela memandang kesawah yang luas terbentang,kenangan bersama janji Ayuni masih segar diingatannya..dia bercadang mahu berjumpa Ayuni petang nanti dan sememangnya kepulangannya dirahsiakan dari Ayuni.

Kelihatan kanak-kanak riang bermain layang-layang dalam terik matahari..Aahh..kanak-kanak..apa yang mereka tahu,hujan,panas,badai,taufan,pada mereka hanyalah keseronokan.Kanak-kanak itu melewati rumah usangnya,,terpandang akan Azman yang sedang berdiri dijendela,ada yang masih mengenali Azman dan ada yang langsung lupa pada Azman,maklumlah 3 tahun bukan jangka waktu yang singkat dia keluar dari kampung itu.Abang Man..bila abang balik?Tanya Fikri,kanak-kanak comel yang berusia 5 tahun,dia menjejak kaki ketangga dan duduk dibirai tangga,Azman menuju kepintu menurunu tangga dan duduk sebelah fikri.Abang balik pagi tadi,abang tengok kampung ni dah banyak berubah,dulu semua rumah papan,sekarang ada yang dah berumah batu,jalan pun dah bertar,dah banyak bangunan besar-besar,entah kenapa dia menceritakan semua itu pada Fikri yang masih anak hingusan,adakah fikri faham dan tahu keadaan dulu dan sekarang,,tiba-tiba dia tersenyum sendiri..

Fikri,jom ikut abang pergi kubur,abang mahu ziarah pusara arwah ayah abang,dah lama abang tak ziarah,entah macamana rupa kubur tu,entah-entah rumput dah panjang,Azman mengajak Fikri kekuburan yang terletak dihujung kampung,Boleh tapi nanti Fikri beritahu Mak dulu,nanti mak cari pula,jawab Fikri sambil berlari pulang kerumahnya..

Sampai diperkuburan,Azman mencari pusara ayahnya,rumput panjang dicabut,dicangkul juga rumpur-rumput dipusara yang berdekatan,kemudian Azman membaca surah yassin,disedekahkan untuk arwah bapanya,dibacakan AlFatihah disedekahkan untuk arwah-arwah muslimin-muslimat yang terlebih dahulu pergi mengadap Illahi.Fikri setia berada disisi Azman,dia memang takut kalau diajak keperkuburan itu,tetapi dia tetap mahu tahu apakah yang ada diperkuburan...itulah namanya kanak-kanak..belum sepenuhnya memahami apa yang ada didalam dunia fana ini..

Selangkah Azman mahu pulang,matanya tertancap pada sebuah pusara,batu nisannya terukir nama Nur Ayuni binti Muhammad..Azman terpaku seketika,dia ulang membaca nama yang terukir pada batu nisan tersebut..tiba-tiba airmatanya bergenang,benarkah apa yang aku lihat ini?Tanya Azman pada dirinya sendiri..Azman memanggil Fikri mendekatinya..Ada apa abang Man?tanya Fikri.Fikri...Fikri tahu tak ini kubur siapa?Azman menanya mahukan kepastian..Ini kubur kak Ayu,kak Ayu sakit,tapi Fikri tak tahu cerita sebenarnya,jelas Fikri pada Azman

Azman pulang kerumah dengan hati yang rawan,kesedihan menghimpit jiwanya,kenapa kekasih hati yang berjanji untuk menanti kepulangannya terlebih dulu meninggalkannya,hanya batu nisan yang menyambut kepulangannya.

'Makcik minta maaf Man,Makcik tak tahu begini berakhir perjalanan hidup Ayu,Mak Kiah membuka mulut setelah lama mendiamkan diri bila berhadapan dengan Azman dan diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan oleh Azman.,Airmata kelihatan mengalir lesu diwajah tua Mak Kiah..Pak Utih kau yang beria-ia mahu kahwinkan Ayu dengan si Leman,budak kampung sebelah yang terkenal dengan kaki judinya,apa kurang Pak Utih kau,bukan kau tak tahu Man,Pak Utih kau pun taik judi juga,Mak Kiah terhenti berbicara dalam sendu yang panjang.kemudian setelah esakkannya reda Mak Kiah menyambung semula..pada sau malam,pak utih kau pulang dalam keadaan marah,biasalah dia kalah teruk,minta duit dengan Mak Kiah,tapi manalah Mak Kiah ada duit,dipukul Mak kiah,tengoklah parut di pipi Mak kiah ni,terkena serpihan kaca dari botol yang dipecahkannya,kemudian dia mengugut mahu bunuh Mak Kiah,kerana takut Mak kiah lari ke rumah pak imam,masa t mak kiah betul-betul lupa yang mak kiah telah tinggalkan Ayu keseorangan..Mak Kiah mengajak pak imam pulang kerumah,setiba dirumah,mak kiah terkejut amat kerana Pak utih kau telah memperkosa Ayu kerana mahu menutup aib dan malu Mak kiah mencari orang yang sanggup menjadi suami pada Ayu,masa tu Pak utih telah ditangkap polis,pak imam yang buat laporan pada polis.,dan disebabkan Pak Utih kau banyak behutang dengan leman maka Mka Kiah terpaksa relakan Ayu kahwin dengan leman,tetapi Ayu tak bahagia,Ayu dilayan macam perempuan simpanan,bila dia perlukan ayu dia akan pulang,jika dia kalah judi ayu akan jadi mangsanya..hingga pada suatu hari mereka bergaduh besar,entah dimana silapnya Mak kiah pun tak tahu,Leman tiba-tiba naik minyak,katanya Ayu berlaku curang kerana Leman terjumpa surat-surat dan gambar yang Man kirimkan pada Ayu,padahal selepas kahwin,Ayu langsung tak menghubungi Man dan mengutuskan sebarang beritapun pada Man..Ayu disepak terajang,kepala Ayu dihantuk pada dinding,rambut Ayu direntap-rentap,luluh hati Mak Kiah melihat keadaan Ayu,kerana tak tahan menanggung kesakitan Ayu telah mencapai sebilah pisau dan menghunus pisau itu keperutnya sendiri,darah membuak-buak keluar,mak kiah terus pengsan dan tak tahu apa terjadi..sedar-sedar mak kiah dihospital,leman ditangkap polis atas kerjasama jiran-jiran kita..setelah mak kiah pulih,mak kiah pulang ke rumah,Pak imam memberitahu mak kiah yang Ayu mati ditempat kejadian,Pak Imam kata tak mungkin Ayu membunuh diri jika dia waras dan sedar,tetapi keadaannya ketika itu terlalu nazak,sakitnya tak tertanggung,semuga Allah mengampuni segala dosa-dosanya...Mak Kiah tak dapat menahan sebak yang menyesak didadanya.

Azman ketepi sawah tempat dia memadu janji dengan Ayu,segala kenangan bersama Ayu menemani perjalanan hidupnya..Ayu selamat tinggal sayang,abang akan pergi dari kampung ini,abang tak akan kembali lagi..biarlah abang semat segala janji Ayu dilubuk hati abang yang paling dalam,abang sayangkan Ayu,Ayulah wanita pertanma dan terakhir dalam hidup abang,abang merantau jauh demi sebuah kebahagiaan buat kita tapi yang abang temui adalah kedukaan dan kepedihan yang Ayu tinggalkan..Abang tunaikan segala janji abang pada Ayu tapi Ayu kuburkan segala janji Ayu pada abang,Ayu bersemadi bersama janji-janji Ayu..Abang akan sentiasa doakan kesejahteraan Ayu,bersemadilah dengan tenang disisi Allah yang Esa..Biarlah abang lalui jalan yang gelap dan sunyi tanpa cahaya cinta Ayu,biarlah abanh susuri lorong-lorong sepi tanpa gurau senda dan tawa riang yang pernah Ayu hadiahkan buat abang,

Sebelum berangkat semula kekota kuala lumpur,Azman kepusara ayahnya,setelah sedekahkan surahyassin dan Alfatihah buat arwah ayahnya,azman menuju kepusara Ayuni,disitu airmatanya tumpah mengenai batui nisan yang kaku sepi..disedekahkan AlFatihah buat insan tercinta..Ayu..cinta Ayu tetap mekar dihati abang,tak pernah layu walau dimusim kemarau yang panjang,abang akan sentiasa menyiram ia dengan kasih sayang abang agar sentiasa mewangi ditaman hati abang,,selamat tinggal sayang,abang akan sentiasa doakan kesejahteraan Ayu dan nantikan kehadiran abang dipintu syurga..

Azman pergi meninggalkan segala kenangan bersama Ayu..namundihatinya hanya Ayuni yang bertakhta..walau Imam Dollah bapa angkatnya cuba menjodohkan Azman dengananak-anak kenalannya,namun semangat Ayuni ada bersamanya,tak langsung tergugat kasih sayangnya pada Ayuni walau telah bertahun Ayuni pergi meninggalkannya..Cita-citanya telah tercap[ai tetapi impiannta hancur lebur namun untuk dia membina impian seteguh tembok batu telah lama padam dalam hatinya...Ayu dan Ayu dan selamanya adalah Ayu dihatinya...semangat dan cinta Ayu membuatkan dia sentiasa bersama dengan kambing-kambing ternakannya kerana bermula dari ternakan inilah dia membina impian seteguh harapannya pada Ayu..Ayu yang meninggalkannya dengan penuh kedukaan...semuga Ayu tenang disana bersama Allah yang Esa...selamat tinggal Ayu...mekarmu ditaman hatiku...AZMAN...

0 comments: