BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 6 December 2011

mencari keredhaan Allah

Aku terlalu rindu pada arwah mama,hampir 8 bulan mama pergi meninggalkan dunia yang fana ini,tp sesaat pun aku tak melupakan arwah mama..pelbagai kenangan datang menjengah ke minda disaat aku sendirian,hampir saban hari airmata menemani diriku bila aku teringat pada mama.

Aku bukan anak yang baik,aku anak yang banyak menyusahkan mama..ada saja perkara yang aku buat yang menyakiti hati mama,aku melayan mama bagai orang asing,tiada kemesraan yang aku tunjukkan pada mama..aku tak tahu kenapa aku sekejam ini,apa salah dan dosa mama hingga aku tergamak melakukan perkara sekejam ini.

Aku teringatkan masa kecil  dan remaja ku,aku bukanlah anak yang terlalu degil,tapi mungkin ketegasan mama membuat aku takut pada mama dan papa,apalagi bila aku melakukan sesuatu kesalahan,aku akan berada dalam ketakutan yang amat sangat,kerana aku sudah tahu habuan yang pasti akan aku terima..iaitu kena rotan atau pukul,itu rutin harian yang pasti akan aku hadapi jika aku melakukan kesilapan walau sebesar hama.

Aku juga banyak membantu mama dalam apa jua keadaan mama,dalam susah atau senang mama,aku ikhlas menolong mama kerana aku anak sulung dan pada akulah mama bergantung harap melakukan kerja-kerja rumah.Dalam sihat mama akulah teman,dalam sakit mama aku juga lah yang ada disisi mama,adik=adik yang lain masih bersekolah dan aku lah saban waktu bersama mama.

Masa demi masa merubahkan segala-galanya..kami semua 4 beradik membesar dengan kasih sayang mama..tapi aku tak tahu apa silapnya aku,hubungan aku dan mama tak pernah elok,ada saja yang tidak kena,aku tak tahu adakah ia berpunca dari aku atau mama atau keadaan.

Dendam dan benci bersarang dihati aku,seolah-olah mama adalah musuh aku,aku sendiri tak tahu mana silapnya keadaan dan perasaan ini ujud,yang aku tahu aku cuba buat yang terbaik tapi yang jahat juga timbul.
Ada dalang,ada khianat,itu lumrah dalam kehidupan..dan kehadiran orang luar dalam hidup mama juga merubahkan kasih sayang mama pada anak-anakku,dan mama sentiasa kedinginan dengan aku.

Kini kalau boleh aku memutar kan masa untuk aku kembali kemasa silam dan mama hidup kembali aku mahu sujud dikaki mama,memohon keampunan dari mama diatas segala dosa-dosa aku pada mama,tapi mama telah pergi buat selama-lamanya,aku tak mungkin dapat bersama lagi diakhirat nanti,manum selagi hayat aku ada,aku cuba sedaya upaya untuk mendoakan kesejahteraan mama dialam barzakh sana..aku akan cuba menambah pahala buat arwah mama..masa yang berlalu tak akan kembali lagi..aku juga tak mungkin menjadi anak yang baik,namun Allah maha pengasih dan penyayang,aku tahu Allah tak akan menyusahkan hambaNYA dengan membiarkan hamba-hambanya bergelumang dengan dosa..InsyaAllah aku akan cuba membuat bakti demi arwah mama tercinta..aku mohon keredhaanMu ya Allah intuk aku mencari kekuatan yang telah hilang kerana dosa aku pada mama

0 comments: