BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 3 December 2011

Dia berjalan menuju kejendela..lalu dedaun jendela dibuka luas..membiarkan angin senja menerobos dan menyapa sayu wajah dukanya.


Entah apa yang ada dibenak dan akalnya diketika ini...membuang pandang yang semakin jauh,seakan mencari sesuatu yang telah hilang dari dalam dirinya.kemudian sebuah keluhan berat dilepaskan dari bibir mungilnya..seakan melepaskan satu beban yang tak terpikul oleh dirinya..

"Kau tu bukan anak aku..bukan darah daging aku.tapi aku membela kau macam anak aku sendiri,"kata-kata Mak Timah masih jelas kedengaran ditelinganya.Aahhh....,kenapa ini semua harus terjadi pada aku,kenapa Mak sanggup berkata begitu pada aku,selama ini aku menurut segala kata-kata Mak tanpa apa-apa bantahan pun,walau penat macamana sekalipun,aku cuba penuhi tiap perintah Mak..,Aina bermonolog sendiri.Dia bagai mencari-cari sebuah kebenaran pada angin senja itu...apakah kata-kata Maknya itu adalah sebuah kenyataan atau hanya sekadar satu gurauan.

Aina teringat pada suatu hari sedang mengemas-ngemas almari pakaian Mak nya,dia telah membuka sebuah peti kecil dan didalam peti itu tersimpan pelbagai dokumen.Tiba-tiba jejari mulusnya tercapai sekeping kertas yang hampir usang dan kertas itu adalah sekeping surat beranak.Tertera namanya yang indah..Nuraina binti Abdul Rasyid.Tetapi tidak terlintas difikirannya untuk membesar-besarkan hal surat beranak tersebut kerana pada pendapat Aina...,'lantaklah...peduli apa aku,yang aku tahu aku adalah anak Mak dan Ayah aku,aku ditatang bagai minyak yang penuh,tak pernah permintaan aku disia-siakan,aku adalah permata Mak dan Ayah,dan mungkin juga Ayah ada dua nama dan mungkin juga nama yang selalu dipanggil orang pada Ayah adalah nama gelarannya,'.Itulah Aina,anak yang menjadi kebanggaan Mak Timah dan Pak Hamid..,sentiasa berfikiran matang dan rasional dalam mengatasi segala permasalahan yang ada,tidak mudah terburu-buru dan sentiasa yakin pada diri sendiri.

"Aina,sini sekejap Nak..Mak nak cakap sikit dengan Aina,."Ketika itu Aina baru berusia 12 tahun,dan dialah satu-satunya anak perempuan kesayangan Mak Timah dan Pak Hamid kerana selain dari Aina Mak Timah ada dua orang anak lelaki yang Aina panggil Abang Long dan Abang Ngah,jadi Aina adalah anak bongsu dalam keluarga yang menjadi anak kesayangan."Ada apa Mak?",tanya Aina apabila melihat wajah tua Maknya yang redup sayu,sebenarnya tanpa Aina menduga Mak Timah telah mengidap penyakit jantung berlubang,dan kerana tidak mempunyai wang,segala nasihat doktor agar dia membuat pembedahan hanya ditelan pahit oleh Mak Timah,dan Pak Hamid telah terlebih dulu pergi mengadap Penciptanya,ketika usia Aina baru 10 tahun.

"Aina,mak ada satu perkara nak beritahu Aina,sebelum itu Mak minta maaf kalau apa yang mahu Mak sampaikan ini akan membuat Aina bersedih,dan Mak memohon maaf sekali lagi kalau Mak menyakiti hati dan perasaan Aina,"Mak terlalu sayangkan Aina,macamana Mak sayangkan Abang Long dan Abang Ngah begitulah kasihnya Mak pada Aina,tapi sayangnya Mak tak dapat jaga Aina lagi,Mak sakit dan Mak tak ada harapan untuk sembuh,sebelum Mak pejamkan mata Mak mahu beritahu Aina yang Mak didepan Aina sekarang ni bukanlah Mak kandung Aina,Mak sekadar menjalankan amanah seseorang supaya menjaga Aina kerana desakan hidupnya,dia tak berupaya menjaga Aina,dan demi mahu melihat kebahagiaan Aina dia sanggup berputus kasih dan berpisah dengan Aina,dan Mak berharap agar Aina dapat mencari Ibu kandung Aina,dia mungkin terlalu rindukan Aina,."Mak Timah berkata dalam nada yang agak lemah dan tak bermaya,sementara Aina yang sedari tadi diam terisak-isak menahan tangis dalam sendu yang tenggelam timbul,sayu hatinya bila mengetahui keadaan dirinya yang hanya memiliki seorang ibu angkat berhati mulia tetapi sedang menanggung kesakitan yang hampir meragut nyawanya...dalam hati Aina mendoakan kesejahteraan Mak angkatnya dan semuga Allah mengampuni segala dosa Mak angkatnya sebelum orang tua itu menghembuskan nafas yang terakhir.

Aina mencari kekuatan dalam dirinya sendiri,dia tidak tahu pada siapa mahu dia mengadu dalam keadaan dirinya yang terlalu sedih,tak mungkin dia meluahkan perasaan sedihnya pada kedua abang angkatnya walau mereka teramat sayangkan Aina,walau mereka telah dianggap saudara susuan tetapi pada Aina mereka tetap orang lain yang bukan darah dagingnya,namun dia tetap menyayangi kedua abang angkatnya itu,dari keluarga merekalah Aina mengenali erti kehidupan dan kasih sayang,tak mungkin Aina membunuh segala kasih sayang yang bercambah segar didalam dirinya sejak 25 tahun dulu.

Pada suatu hari Aina menapak kaki ke sudut bilik Abang Long nya,diketuk pintu dan memberi salam,beberapa minit kemudian Abang Long nya menguak pintu bilik dan menjengukkan kepala keluar,.Ada apa Aina?,tanya Hamidi yang dipanggil oleh Aina Abang Long."Aina nak cakap dengan Abang Long sikit,boleh tak?",tanya Aina tergagap-gagap kerana bimbang apa yang bakal keluar dari mulutnya nanti akan menyakiti hati Abang Long nya.Hamidi keluar dari bilik dan mengajak Aina ke bangku di beranda rumah,bahang kepanasan siang tadi masih terasa dan untuk merasa sedikit kesejukan dari angin sepoi-sepoi bahasa di malam itu,Hamidi mengajak adik nya ke beranda,menikmati udara nyaman kurniaan Allah.

Apa yang nak Aina sampaikan pada Abang Long?Tanya Hamidi perlahan tetapi jelas suaranya dipendengaran Aina."Abang Long,arwah Mak dah tak ada,Aina rasa tak manis Aina tinggal dalam rumah ini,Abang Long pun tahu kan Aina ni bukan adik kandung Abang Long,selama ini Aina hanya menumpang sedikit kasih sayang Arwah Mak,arwah ayah,Abang Long dan juga Abang Ngah,dari keluarga inilah Aina kenal erti sebuah kasih sayang..,walau arwah Mak pernah berkasar dengan Aina dan mengatakan Aina ni cuma anak angkat,tapi Aina tahu arwah Mak  tak berniat mengasari Aina,tapi kerana arwah Mak sakit dan kalau boleh dia tak mahu Aina berada disisi dia disaat kematiannya,kalau boleh dia nak Aina membenci dia,tapi Aina tahu arwah tak sekejam itu..dia tak nak Aina bersedih kalau dia pergi tinggalkan Aina..,kata-kata Aina tersekat dikerongkong bila mengingati kekasaran arwah Maknya seminggu sebelum Maknya meninggal dunia,sedangkan sebelum itu Maknya tak pernah mengasari Aina,apalagi mahu membentak dan menyakiti hati Aina,tidak pernah sekali perkara itu terjadi,tetapi petang Sabtu seminggu sebelum arwah Mak nay meninggal dunia,Aina menangis hiba bila arwah Mak nya berengkau aku dengannya..terkilan dihati Aina kenapa arwah Maknya berubah sikap,,,rupa-rupanya itu tanda Maknya mahu meninggalkannya buat selama-lamanya.

Abang Long,Aina nak keluar dari rumah ini,Aina mahu mencari Mak kandung Aina,Aina ada terjumpa surat beranak dalam almari,dan Aina mahu mencari tempat dan kampung kelahiran Aina,Aina dah besar dah masuk 20 tahun,masa Mak pergi umur Aina baru 15 tahun,masih anak-anak lagi,tapi sekarang Aina dah dewasa dan tak manis Aina berada dalam rumah ini,dan untuk membiarkan Abang Long keluar dari rumah ini tak mungkin sekali-kali kerana Abang Long yang berhak ke atas rumah pusaka ini,tanah ini juga milik Abang Long dan Abang Ngah,Aina hanya menumpang teduh saja,dah sampai masa Aina keluar dari rumah yang banyak berjasa pada Aina ini,terketar-ketar suara Aina menahan sendu dan hiba yang bertamu dihatinya saat ini,menanti apakah ungkapan kata yang bakal lahir dari bibir Abang Longnya itu.

Hamidi berdiri,berjalan mendekati Aina,bahu Aina dipegang lembut,mata Aina ditenung sayu,kemudian Hamidi duduk disisi Aina.'Aina,dah habis ke Aina berfikir?',Tanya Hamidi pada adik kesayangannya itu,kenapa mesti Aina mahu meninggalkan rumah ini kalau betul rumah ini adalah kenangan paling indah buat Aina,kenapa mesti Aina mahu tinggalkan Abang Long dan Abang Ngah sedangkan Aina hanya ada kami sebagai keluarga Aina.Aina pun tahu kan kita dah seperti adik beradik kandung kerana kita adalah saudara susuan,kita sama-sama membesar dalam rumah ini,sanggup ke Aina mahu meninggalkan kami hanya kerana Aina anak angkat,?"Hamidi perlahan-lahan menuturkan kata-kata bimbang hati Aina terluka,kemudian Hamidi bangun dan berjalan ke muka pintu,masuk kedalam rumah dan menuju kebiliknya,Aina terkilan,adakah Abang Longnya berkecil hati,tapi beberapa minit kemudian Abang Longnya keluar dengan beberapa keping sampul surat ditangannya,Hamidi merapati adiknya dan duduk disisi adiknya sambil tangan membuka sampul surat ditangan.

Aina hanya memandang apakah yang akan dilakukan oleh Hamidi dan menunggu apakah yang bakal diucapkan oleh bibir berkumis nipis itu.Hamidi mengeluarkan geran tanah dan rumah dan sebuah buku bank lalu ditunjukkan kepada Aina."Aina ini ada geran tanah dan rumah,abang telah menukarkan kedua-dua geran ini atas nama Aina,ini adalah amanat arwah Mak dan Ayah kita,Abang Ngah pun telah bersetuju,dan ini adalah buku bank Aina yang arwah ayah bukakan untuk Aina dan sekarang Aina boleh pergi ke bank dan tukar nama buku bank ini kepada nama Aina,sebab arwah ayah letakkan namanya sebagai pemegang amanah,dan bila Aina telah cukup umur buku bank itu boleh ditukarkan kepada nama Aina,dan selepas ayah meninggal dunia,arwah Mak telah menyimpan sikit-sikit duit dalam akaun Aina untuk masa depan Aina,dan bila arwah mak dah tak ada,Abang Long dan Abang Ngah telah masukkan duit gaji bulanan kami kedalam akaun Aina,sekarang Aina dah 20 tahun Aina dah berhak keatas kedua-dua geran ini dan peganglah buku akaun bank Aina,gunalah duit tu bila Aina rasa perlu.,Aina menangis tersedu-sedu diatas keprihatinan kedua abang susuannya itu.Tak disangka oleh Aina kasih sayang mereka telah menggantikan kasih sayang arwah kedua orang tua angkatnya.

Abang Long,Aina minta maaf atas keterlanjuran Aina tadi mahu keluar dari rumah ini,Aina tak mengharapkan apa-apa,Aina hanya mahukan kasih sayang,Aina tak sangka kasih sayang Abang Long dan Abang Ngah mengatasi segala-galanya..Terimakasih Abang Long,tapi Aina mahu tanya kalaulah kedua-dua geran rumah ini     menjadi milik Aina,manakah hak Abang Long dan Abang Ngah?Hamidi tunduk memandang lantai beranda sambil kakinya digoyang-goyangkan,lambat-lambat kepalanya diangkat..tangannya menggenggam tangan Aina,walau sedikit terkejut tapi Aina membiarkan saja jemari Hamidi menyentuh jemarinya,Hamidi seolah mencari kekuatan.Kemudian terdengar suara halus Hamidi dihujung telinga Aina."Aina,ini adalah rumah Aina yang sebenarnya,Aina mungkin tak percaya apa yang akan Abang Long ceritakan ini,tapi inilah hakikatnya yang berlaku semasa Aina belum ada lagi.Arwah Mak dan Ayah Abang Long telah merantau jauh,keluar dari kampung halaman kerana perkahwinan yang tak direstui,masa tu Abang Long berusia 7 tahun,sejak berkahwin hingga abang lahir,arwah mak sentiasa bergaduh dengan mak mentuanya,disebabkan kesian pada mak,ayah membawa mak pergi jauh dari kampung halamannya,masa itu mak mengandungkan Abang Ngah,sampai kekampung ini,dan dirumah inilah sampai sekarang kita berteduh,Aina tahu tak dirumah ini sewaktu mula-mula kami sampai nenek Aina menyambut kami dengan penuh kegembiraan,kami dilayan sebaiknya,masa tu nenek Aina dah terlalu tua,Mak Aina pula adalah seorang wanita yang cantik,sebab tu anak nya juga cantik,Hamidi mengusik adiknya,Mak Aina telah berkahwin dengan ayah Aina semasa usia abang 10 tahun,selepas beberapa bulan mak Aina kahwin nenek Aina meninggal dunia,ayah Aina membawa mak Aina pulang kekampung nya,sejak emak Aina keluar dari rumah ini,mereka langsung tak pulang-pulang,dan pada suatu hari posmen telah menghantar sepucuk surat kepada arwah ayah,arwah ayah membaca surat tersebut dan selepas itu arwah ayah mengucap panjang,tanpa membuang masa arwah ayah mengajak arwah mak kekampung ayah kandung Aina,rupa-rupanya mak Aina telah mengandungkan Aina dan Mak Aina masa tu dalam kesakitan,ayah Aina telah beristeri lain,mak Aina bukanlah menantu pilihan nenek Aina sebelah ayah Aina,maka itu dicari gadis lain dan berkahwin dengan ayah Aina,perempuan itu buat mak Aina seperti hamba,sewaktu arwah ayah dan arwah mak sampai kekampung ayah Aina,maki Aina terlalu menderita,masa untuk melahirkan Aina telah hampit tiba dan arwah ayah membawa mak Aina kehospital,tp mak Aina mengalami tumpah darah yang banyak,Aina terpaksa dikeluarkan secara pembedahan,sebaik Aina lahir,selang sehari mak Aina meninggal dunia,arwah ayah dan arwah mak tak izinkan ayah Aina menjaga Aina,selepas selesai pengkebumian arwah mak Aina,arwah ayah dan arwah mak membawa Aina pulang kerumah ini,rumah nenek Aina dan juga rumah mak Aina,kini rumah ini hak milik Aina..sayu terdengar suara Hamidi menjelaskan keadaan yang menimpa diri dan keluarga Aina.

Aina terkedu,tidak terlahir kata-kata dari bibirnya,hanya airmatanya yang tak henti-henti mengalir,meratapi nasib diri yang piatu,kemudia dia bersuara..,Abang Long,ada tak gambar arwah mak kandung Aina?'.Bolehkah Abang Long tunjuk pada Aina,Aina nak tengok wajah Mak sekali sahaja,Aina meminta simpati dari Hamidi,dan Hamidi bingkas bangu menuju dalam bilik arwah Mak Timah dan menyelongkar almari buruk yang terletak disudut bilik,sebenarnya almari itu adalah milik arwah mak Aina,lalu diambilnya sebuah album lama,telah kekuningan danb kusam dimamah waktu.Hamidi berjalan keluar mendapatkan Aina yang masih menangis,dihulurkan kepada Aina album tersebut.."tertera sebuah nama di kulit album itu..NOORAINI BINTI MAHMUD.Dan nama itu juga tertulis dalam surat beranaknya,yang suatu ketika dulu menjadi tandatanya pada Aina mengapa tidak sama nama arwah mak yang dipanggil Mak Timah oleh orang kampung sedangkan dalam surat beranak nama mak nya adalah Nooraini.Kini segala-galanya telah terjawap.

Satu persatu diselak muka album itu,Aina menatap wajah seorang wanita ua yang ada ala-ala kacukan cina,dan dipandang pada gambar seorang wanita muda,cantik dan putih kulitnya,mata agak sepet sikit dan bibir nipis,kecil dan comel pada pandangan Aina,disentuh pipinya sendiri kemudian dia memandang pada Hamidi yang melihat gelagat Aina sedari tadi,'Abang Long,adakah ini Mak Aina?'.Dan adakah wanita tua ini nanak Aina?Aina menanya sambil tangannya memegang tangan Hamidi.Hamidi mengangguk lemah,teringat masa mula-mula datang ke rumah itu,disambut oleh wanita tua yang dipanggilnya nenek dan arwah mak Aina yang dipanggilnya Makcik,walau ketika itu mak Aina belum kahwin lagi.Hamidi masih ingat akan kasih sayang yang diberikan oleh nenek dan ibu Aina,dan kerana kasih sayang itulah keluarga Hamidi melayan Aina bagai keluarga sendiri.Dan ketika kelahiran Aina,Zahidi yang dipanggil Abang Ngah oleh Aina berusia 4 bulan,maka itu Aina dan Abang Ngah telah berkongsi susu badan yang sama.Dan sebenarnya Hamidi lupa yang Aina boleh berkahwin dengannya kerana Aina hanya berkongsi susu badan dengan Zahidi tapi bukan dengan Hamidi.

Abang Long,kalau macam tu,Aina tak boleh berkahwin dengan Abang Ngah lah ya,sebab Aina berkongsi susu badan arwah Mak dengan Abang Ngah.,tapi Abang Long jangan lupa yang...tiba-tiba Aina tertunduk malu...berubah seketika wajahnya dan matanya yang bengkak kerana terlalu banyak menangis dialihkan dari pandangan mata Hamidi.Hamidi seakan resah menantikan apakah lagi bicara yang akan keluar dari mulut Aina..Hamidi mengeluh perlahan namun terdengar jelas ditelinga Aina,Aina tiba-tiba diam tak terkata,mengangkat punggung dan terus berlalu masuk kedalam rumah dan menghilangkan diri didalam bilik.Dikuncinya pintu dan Aina menuju ke katil dan melabuhkan punggungny.a dibirai katil,tingkap ditepi katil dibuka,kepekatan malam itu tiba-tiba meresahkan hati perempuannya...berbagai perasaan yang datang dan pergi disaat itu,,AAAhhh...tak mungkin...tak mungkin,hai perasaan sangsi,janganlah kau hadir dalam minda aku,aku mahu ketenangan,Ya Allah berilah aku kekuatan,Aina merengus sendiri,dan Aina bangkit dari duduknya,dicapai kain tuala lalu pergi ke bilik air,Aina membasahkan tubuhnya walau kesejukan dan berwuduk,Aina kemudian masuk kebilik dan sembahyang istikharah,memohon petunjuk dari Allah.

Perlahan-lahan Aina membuka matanya,ayam jantan telah berkokok tanda hari dah subuh,terasa berat kepala Aina,matanya juga agak pedih kerana banyak menangis semalaman,Aina bangun perlahan-lahan membuka pintu menuju kebilik air,dia mengambil wuduk,selesai berwuduk dia mahu memasuki biliknya untuk menunaikan solat subuh,dia terserempak dengan Abang Long nya yang juga mahu ke bilik air,lalu Aina terus berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu.Sejak semalam Aina jadi tak keruan bila mengetahui yang dia dan Hamidi halal berkahwin.Hamidi pula tidak dapat manangkap situasi Aina yang tiba-tiba berubah laku.Tak diketahui oleh Hamidi yang Aina dan dia boleh berkahwin dan perkara itu telah membuat Aina rasa malu dan Hamidi masih tetap menganggap Aina macam adik yang halal dicampurinya,sepatutnya Aina harus berterus terang,kerana selagi Aina berdiam diri selagi itulah Hamidi tidak tahu akan kedudukannya disaat ini.

Jam dinding menunjukkan keangka 7.Aina keluar dari bilik untuk menyiapkan sarapan pagi,tugas yang digalas setelah kematian arwah mak angkatnya,dia dengan rela hati menjalankan tanggungjawab itu,demi untuk abang kesayangannya,apalagi dia mendapat tahu Abang Ngah nya juga akan pulang hari ini.Aina termangu dimeja makan,termenung lagi...kusss semangat...Aina terperanjat beruk bila dia dikejutkan seseorang dan Abang Long nya tersenyum menyeringai   terserlah barisan gigi putihnya.Abang Ngah ni..kalau ya pun bagilah salam,nasib baik Aina tak ada sakit jantung,kalau tidak mati Aina,marah betul Aina pada Abang Ngah.Hai adik abang ni macam orang bercinta,termenung pagi-pagi buta,nasib baik Abang Ngah yang masuk,kalau penyangak yang masuk,diculiknya Aina,siapa nak tolong,entah-entah Aina tak sedar yang diri tu kena culik,Zahidi mengusik adiknya,dan Aina yang mendengar perkataan "macam orang bercinta" yang dikatakan oleh zahidi terus terdiam tak bersuara.Abang Ngah dan Abang Long duduklah dulu,Aina buatkan sarapan,Aina berlalu tanpa menoleh pada kedua abangnya..terperasan akan perangai Aina sejak malam semalam,Hamidi mencari-cari apakah kesilapan yang dilakukan hingga membuatkan Aina berubah tiba-tiba.

Sarapan yang dibuat oleh Aina telah siap,mereka bertiga duduk dimeja makan sambil menikmati hidangan ringkas tetapi sedap pada pagi itu.Tiba-tiba Hamidi bersuara,inilah kali pertama Abang Long makan nasi goreng kampung yang Aina masak,selama ni Abang Long makan roti dengan kaya saja,ada bakat rupa-rupanya adik abang ni,siapalah jejaka bertuah yang akan jadi adik ipar abang ni ya...bertuah dapat makan nasi goreng sesedap ini,Aina menunduk muka malu,Hamidi pula sengaja mahu menceriakan Aina yang kelihatan muram sejak semalam.Tiada kata-kata balasan yang keluar dari mlut Aina,selalunya mulut Aina macam murai kena cabut ekor,ada saja nak menyakat Hamidi,tapi kalinya pada penglihatan Hamidi Aina telah berubah karektor,Zahidi juga terperasan akan sikap Aina,bila Aina bangun dari kerusi menuju kesinki,Zahidi menyiku lengan Hamidi,"Bang Long,kenapa dengan Aina tu,selalunya tak macam ni,ceria je,ni tak banyak cakap,kita sakat dia pun tak ada balasan apa,diam saja,apa yang terjadi?"Tanya Zahidi minta kepastian.Hamidi mengatakan yang dia tidak tahu apa-apa,Hamidi menceritakan apa yang telah berlaku malam semalam,selesai bab menceritakan yang tetang perkongsian susu antara Zahidi dan Aina,terus Aina diam tak bercakap apa dan cuba melarikan diri dari Hamidi.

Setelah siap mengemas,mencuci pakaian,menjemur ,Aina duduk berehat dibawah pokok mangga yang rendang,Zahidi datang menghampiri Aina,selepas memberi salam dan minta izin duduk sebelah Aina,Zahidi membuka bicara,Aina,abang Ngah nak tanya sikit,kenapa Aina tak ceria,Abang Long ada cerita pada Abang Ngah yang Aina nak tinggalkan rumah ni,dan sampailah kisah kita berkongsi susu badan arwah Mak,adakah itu yang membuat Aina bersedih?Atau Aina benci kami tinggal dirumah ni?kami tahu ini rumah Aina dan hak Aina,Aina berhak menghalau kami,dan kami sanggup keluar dari rumah ni kalau itu yang membahagiakan Aina,tetapi jangan biar kami pergi dalam keadaan Aina membenci kami,kami terlalu sayangkan Aina,apalagi rumah ini amat bererti buat kami,kalau pun kami pergi biar dalam kerelaan Aina kerana kami boleh ke sini lagi menjenguk Aina,tapi kalau kami pergi dalam kebencian Aina,kami tak mungkin ke mari lagi kerana kami tan punya sesiapa lagi,Aina juga bencikan kami,tak ada makna lagi kami pada rumah ini dan Aina,Zahidi meluahkan perasaan bagi pihak Hamidi.Tiba-tiba airmata Aina berjuraian menuruni kepipi,kolam matanya bergenang airmata yang tak tersekat lagi,laju mengalir membasahi pipi mulusnya..

Aina sedar,inilah saudara yang dia ada,saudara dari darah daging orang lain yang hadir dalam hidupnya dari mula adanya arwah neneknya.Kalau tidak kerana keluarga saudaranya ini entah apa nasib dirinya hidup bersama emak tirinya,entah-entah nasibnya seperti emak kandungnya,yang hidup penuh penderitaan setelah arwah neneknya meninggal,penderitaan yang membawa maut hingga dia tidak menikmati kasih sayang dari ibu kandung sendiri,mujurlah ada Ayah dan Mak angkatnya dan dua orang saudaranya ini kini tempat dia bermanja dan menumpang teduh.Aina mencapai tangan Zahidi menangis terisak-isak bagai anak kecil yang kena maarah,mulutnya perlahan-lahan menuturkan kata-kata dalan sedu sedan dengan suara yang tenggelam timbul,,"Abang Ngah,maafkan Aina,Abang Ngah dan Abang Long tak ada buat salah apa pun pada Aina,Aina amat bersyukur kerana memiliki dua orang abang yang sudi bersama Aina dalam apa jua keadaan Aina,abang berdua dengan ikhlas menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan Aina,kalau ikutkan,Aina tak tahu yang Aina ada tanah,rumah dan duit dalam akaun bank,tapi abang Aina berdua ni terlalu amanah jadi tergamakkah Aina nak halau Abang berdua dari rumah kita ini,ini rumah kita,syurga kita,disini kebahagiaan kita,dari kecil kita dibesarkan bersama-sam,kenapa bila dapat semua hak Aina,Aina mahu abang-abang Aina pergi tinggalkan Aina,nanti sakit demam Aina siapa yang nak peduli,sedih Aina siapa yang nak hiburkan dan rajuk Aina siapa yang nak pujuk.,Aina terlalu sedih menuturkan kata-katanya.

Abang Ngah,yang membuatkan Aina mendiamkan diri adalah kerana...tiba-tiba Aina terdiam..malu muncul dalam dirinya,Zahidi dengan sabar menanti Aina meneruskan bicaranya,Lantas Zahidi yang tak sabar menunggu terus mendesak Aina,cakaplah Aina,apa yang membuatkan Aina berdiam diri,abang sedaya upaya akan menolong Aina jika Aina ada masalah,kata Zahidi lagi.Abang Ngah..abang tahukan yang kita ni hanya saudara angkat,walau antara Aina dan Abang Ngah adalah saudara susuan,tetapi Abang Ngah tahukan Abang Long nukan saudara susuan Aina,Aina layak kahwin dengan Abang Long,Abang Ngah tak apalah tinggal berasingan kerana bertugas jauh,tapi Abang Long yang bekerja disini,hari-hari kami bertemu muka,yang Aina risaukan nanti apa tanggapan orang kampung pada kami.Lain lah masa ada arwah mak dan ayah,bukan nya Abang Long melakukan perbuatan tak senonoh pada Aina sebab Aina ahu Abang Ngah dan Abang Long terlalu sayangkan Aina,tapi Aina tak mahu ada mulut-mulut celupar yang akan mempertikai kan hubungan kita.Aina amat malu sewaktu menuturkan kata-katanya apalagi bila didesak oleh Zahidi.

Abang Ngah faham sekarang,patutlah Aina malu ya!sakat Zahidi,Aina tersipu malu diusik begitu.Apakata Abang Ngah carikan jodoh buat Aina,tiba-tiba Aina berubah wajah,bukan terkejut akan kata-kata Zahidi,tetapi dia terbayangkan nasib ibu kandungnya yang diceritakan oleh Hamidi semalam,yang membuatkan airmatanya tak berhenti mengalir,setelah berkahwin ibunya menderita kerana perkahwinan yang tak direstui,..Aina menjerit...Aina tak nak...Aina tak nak..biar Aina hidup sendiri dari Aina menjadi menantu yang dibenci...entah kenapa tiba-tiba perkataan itu lahir dari bibirnya,dia seakan membayangkan penderitaan arwah ibu kandungnya,Zahidi terus memeluk Aina,mengusap rambut Aina,menenangkan Aina dan Zahidi mengajak Aina masuk ke dalam rumah,matahari dah agak meninggi,panas terik menggigit kulitnya,dipimpin Aina masuk kedalam rumah,terpandang pada wajah Hamidi yang mahu menuju keluar setelah mendengar jeritan Aina sebentar tadi,Hamidi menanya dengan isyarat anggukan kepala,Zahidi memberi isyarat agar Hamidi diam dahulu.Setelah menghantar Aina masuk kebilik,dan menutup pintu,Zahidi memanggil Hamidi,mengajak Hamidi kedapur.

Abang Long,apakata kita masak hari ini,kita biarkan Aina rehat,fikiran dia agak terganggu,mungkin kesan dari cerita Abang Long semalam telah menjiwai dirinya..Zahidi yang bertugas sebagai doktor pakar jiwa itu memberi penjelasan dan penerangan kepada Hamidi yang Aina sekarang dalam keadaan tidak stabil,akibat dari cerita yang disampaikan oleh Hamidi dan seakan-akan dia telah mengalami tragedi tersebut,dan Angah ada satu perkara nak beritahu Along,tapi sebelum tu Angah minta maaf kalau Along tersinggung dengan apa yang nak Angah sampaikan ini,tutur Zahidi sambil tangannya memotong segala sayur-sayuran yang akan dimasaknya nanti.'Ada apa Ngah..,bagitahulah,,..baik buruk Along terima,Along tak nak antara kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana perkara remeh temeh,kita dah tak ada sesiapa lagi kita hanya ada sesama kita dan Aina adik kita..Hamidi berkata dengan perlahan,jiwanya tak menentu,bagai menanti apakah hukuman yang bakal diterimanya sebagai balasan diaras kesalahan yang dilakukan,seingat dia sepanjang dewasa nya tak ada satu pun kesilapan yang dilakukan yang boleh membuat dia terhukum di atas kesalahannya,jelas sekali fikirannya kini kacau bialu,semalam Aina membuat dia rasa bersalah,kini adiknya pula..apalagi yang akan dihadapi oleh Hamidi,dia sendiri tak pasti,puas mencari dimana kesilapan diri,puas meneka apa yang tak kena,dia terlalu buntu,mundar mandir bagai semua tak kena padanya..

Begini Along,tadi Aina ada beritahu yang dia terlalu sayangkan kita,tak sanggup untuk berpisah kerana inilah keluarga yang dia ada,inilah syurga dia,disinilah kasih sayangnya,tapi dia juga tidak sanggup berhadapan dengan Along,sebab...tiba-tiba Hamidi melenting seakan marah..kenapa???apa salah Along pada dia..Kenapa tak berterus terang dengan Along kalau Along ada menyakiti hati dia,Along sayang dia sebagaimana adik dari darah daging sendiri,kenapa mesti Aina membenci Along,kenapa?Kalau pasal cerita tentang ibu kandung dia,itu bukan salah Along,Aina yang datang jumpa Along,nak keluar dari rumah ni,,sebab tu Along terpaksa beritahu keadaan yang sebenarnya,Along boleh pergi sekarang juga kalau itu yang Aina mahu..Hamidi teru melangkah kebiliknya,mencapai beg pakaiannya dan membuka almari baju,mengeluarkan baju dan memasukkan kedalam beg,kemudian dia keluar menuju kemuka pintu,disitu dia ditahan oleh Zahidi.

Apa lagi yang Angah nak?Aina bencikasn Along,biar Along keluar saja dari rumah ni,Along tak mahu dikatakan penumpang dalam rumah orang,kata-kata Hamidi terdengar sayup ditelinga Aina yang ketika itu tersedar dari tidur setelah penat berperang dengan perasaannya tadi,dia cuba bangun,merapati kepintu,tombol pintu dipulas,ternganga pintu bilik itu,dilihat Abang Long nya bersama sebuah beg pakaian yang besar.."Kenapa ni Abang Long,Abang Ngah,tanya Aina yang masih mamai kesan dari ubat penenang yang diberikan oleh Zahidi.

Tak payah Aina pura-pura tak tahu,Aina yang minta Abang Ngah halau Abang Long sebab Aina bencikan Abang Long,patutlah lepas bercakap pasal hubungan kita dalam keluarga Aina terus diam,lari masuk bilik,tak mahu bercakap dengan Abang Long,tapi kenapa mesti melalui Abang Ngah,kenapa tak terus terang dengan Abang Long sendiri.Hamidi melempiaskan kata-katanya bagai peluru berpandu,tapi langsung tak mengenai sasarannya.

Zahidi menghampiri Hamidi,sedikit tinggi suaranya menyuruh Hamidi berhenti memarahi Aina.Hamidi agak terpana kerana selama ini Zahidi menghormatinya sebagai abang,tak pernah meninggikan suara,tetapi kali ini apa kah yang tak kena akan dirinya pada Zahidi dan Aina,.'Along tolong diam dan dengar apa yang nak Angah sampaikan,Along juga kata Along tak nak bergaduh  pasal perkara remeh temeh,tapi telahan yang Along buat semua tersasar jauh dari kenyataan.Zahidi memegang bahu Hamidi minta Hamidi bertenang,sementara Aina berada beberapa langkah dari Zahidi.

Along,Aina beritahu Angah yang dia malu dengan Along kerana antara Along dan Aina tiada pertalian darah dan bukan saudara susuan sebagaimana kami berdua yang berkongsi susu badan arwah mak kita.Aina kata dia halal menikah dengan Along,dan apa yang amat ditakutinya adalah mulut-mulut orang kampung,kalau dulu arwah mak dam ayah masih ada,tapi sekarang tinggal Along dan Aina saja dalam rumah,tapi Aina tak sanggup kalau Along pergi tinggalkan rumah ini,kita adalah dunia dia,keluarga dia dan segala kenangan dia ada bersama kita dalam rumah ini,jadi Angah berfikir apakata kita cari penyelasaian yang terbaik supaya kita tak terpisah.Zahidi dah mula mengendurkan suaranya bila Hamidi dah mula tenang..

Kemudian Zahidi merapati Aina,memimpin tangan Aina merapati Hamidi,Hamidi bagai terpaku akan apa yang dilakukan oleh Zahidi.Zahidi mencapai tangan Hamidi lalu merapati tangan Aina dan menggenggam tangan kedua mereka dalam tangannya..Along,Aina demi sebuah keluarga bahagia dan kita tak akan terpisah Angah mahu Along dan Aina bernikah,Aina jangan lagi takut sejarah lama berulang,Along akan menjadi suami yang baik dan Aina sendiri sudah kenal dengan hati budi Along,tak akan ada penderitaan dalam hidup Aina,Abang Ngah akan sentiasa bersama Aina dan Along,Zahidi berkata sambil mencim dahi Aina tanda restunya dan menyalami tangan Alongnya tanda kasihnya.

Sepanjang petang itu...membawa kemalam Hamidi tidak tenang langsung,jiwanya terganggu,wajah manis Aina terbayang diruang mata,masih dia teringat akan usikan nya pada Aina pagi tadi siapakah jejaka bertuah yang akan menjadi suami Aina,terkena pada batang hidungnya sendiri,sebenarnya perasaan itu telah lama wujud dalam hatinya,perasaan sayang itu bukan perasaan sayang sebagai seorang abang,tetapi kerana Aina adalah adik kesayangannya dan takut Aina pergi meninggalkannya maka dipendamkan perasaan itu,dia mahu saban waktu menatap wajah manis Aina,tak pernah dia menyakiti hati Aina kerana bimbang hati Aina terluka dan Aina akan bersedih,sedaya upaya dia cuba membuat Aina bahagia,Aina suka memaut tangannya bila inginkan sesuatu,Aina akan menatap wajahnya bila minta kepastian..dengan senyum yang manis dan nakal..dan bila sesuatu hajatnya tertunai pipinya akan menerima sebauh ciuman dari Aina,ciuman tanda kasih seorang adik pada abangnya..itu pada Aina,tetapi kemesraan yang ditunjukkan oleh Aina pada Hamidi telah melahirkan bibit-bibit kasih yang sukar untuk dilahirkan dengan kata-kata.Yang selalu terngiang-ngiang kedengaran ditelinga Hamidi adalah "Aina sayang Abang Long,sayang sangat-sangat."Dan kini adakah ucapan itu akan didengar lagi setelah Zahidi mengaturkan rancangan untuk menyatukan mereka,kerana tadi dilihat wajah Aina tak ceria,tiada senyuman manis pada wajah Aina,hanya pandangan kosong yang seakan-akan tidak memerlukan kehadirannya.

Aina bangun pagi itu dengan wajah kusam,selesai mandi dan bersolat subuh,Aina mengenakan sepasang baju kurung berbunga kecil warna ungu,,bertudung dan menggalas beg tangannya.Diatas meja diruang tamu ditinggalkan sekeping nota,Aina mahu keluar,mungkin petang baru Aina pulang,setelah meletakkan nota diatas meja Aina keluar dari rumah,Zahidi yang terjaga dari tidur dengan mata terpisat-pisat mencapai tuala lalu kebilik air,melalui bilik Aina didapati pintu bilik tidak tertutup,Aaahhh....mungkin Aina didapur menyediakan sarapan pagi,berfikir sejenak sebelum kebilik air,tetapi didapur tak kelihatan kelibat Aina,resah mula menguasai dirinya.Apakah permintaannya semalam membuat Aina tersinggung.atau Aina telah pergi meninggalkan rumah itu,,Zahidi memasuki bilik Aina,membuka almari pakaian,masih ada...dia bercakap sendiri..di buka laci meja solek Aina..mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk,tak ditemui...Zahidi merapati katil Aina,melabuhkan punggung,termenung,buntu memikirkan kemana Aina pergi pagi-pagi hari tanpa beritahu desinasinya.Lama Zahidi termenung dibirai katil Aina,denganwajah keresahan,dia memikirkan apakah punca kepergian Aina,sedangkan dia telah buat cadanganyang terbaik buat Aina dan Abang Longnya.

Zahidi menuju kebilik Hamidi,Hamidi dikejutkan dan tanpa berlengah-lengah,terus Zahidi menanya adakah Hamidi tahu kemana perginya Aina..terkejut dengan pertanyaan Zahidi,Hamidi bingkas bangun dan minta diulang lagi pertanyaan yang terlontar dari mulut zahidi.Mereka berdua keluar dari bilik,menuju keruang tamu,terpandang nota ringkas yang ditinggalkan oleh Aina sebentar tadi,hilang sedikit kerungsingan kedua beradik itu,niat Zahidi untuk pulang semula ke kota setelah menghabiskan cutinya dipadamkan,selagi Aina tak muncul selagi itu dia tak akan pulang ke kota.Hamidi pula jelas tak keruan,berdiri salah,duduk pun salah,hatinya tertanya-tanya ke mana Aina,gadis idaman hati nya ini merajukkah atau bencikan dirinya,,,masing-masing dengan andaian sendiri.

Hampir pukul 9.00 malam baru Aina pulang,memberi salam merapati kedua abang nya,menyalami tangan abang-abangnya dan mencium tangan abangnya,Hamidi mahu membuka mulut,mahu menanya ke mana Aina menghilang sepanjang siang hari tadi,tapi telah di halang oleh Zahidi,membuat Hamidi sedikit kecewa."Aina nak mandi dulu,nanti Aina masakkan makan malam untuk kita ya..,kata Aina seakan tiada apa yang berlaku,sedangkan Zahidi dan Hamidi berperang dengan perasaan.Setlah selesai mandi Aina kedapur menyediakan makan malam,setengah jam berlalu masakan yang ringkas tetapi enak pada selera abang-abangnya itu membuatkan mereka lupa seketika pada persoalan mereka.Setelah selesai makan kedua mberadik itu keruang tamu dan Aina mengemaskan dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor,selesai membasuh dan mengemas Aina masuk kebilik tanpa peduli abang-abangnya,ketidaksabaran menerjah hati kedua beradik itu,tetapi mereka terdiam terpaku bila melihat Aina keluar dengan beberapa buah beg kertas ditangan.

Abang Long dan Abang Ngah tahu tak apa yang ada dalam beg-beg ni?Tanya Aina manja..disambung lagi kata-katanya...kalau abang-abang Aina boleh teka Aina hadiahkan ciuman,begitulag Aina yang sentiasa dengan kenakalannya,tak pernah nak meminta maaf kalau membuat kesilapan,dan sentiasa ada strategik mengenakan orang...Kedua beradik itu merenung muka Aina yang bersahaja,terfikir diminda mereka mahu ditanya atau tidak kemana perginya Aina siang tadi..akhirnya soalan itu berkubur begitu saja melayan keletah si Aina yang nakal..Abang Long tahu..Aina beli baju kan?Hamidi memecah sunyi dengan tekaannya.Aina tersenyum...Abang Ngah pula?Tanya Aina.Abang Ngah rasa baju juga..karta Zahidi sekadar bersahaja..Yippi...tiba-tiba Aina bangun mencium pipi kedua abangnya,Hamidi terasa perasaan halus menjalar dalam sanubarinya,sementara Zahidi menepuk manja wajah Aina adik kesayangannya itu,

Aina merapati Hamidi.diberikansebuah kotak kecil berbentuk hati..Abang Long,ini tanda kasih Aina pada abang,kalau abang pakainya sekarang itu tandanya kasih kita tersimpul rapi,tapi kalau abang sekadar menyimpannya dalam kotak bermakna kasih kita hanya sebagai adik  beradik...kemudian Aina merapati Zahidi..Abang Ngah..ini untuk abang,sambil menghulurkan sebuah bekas baldu yang indah,terimakasih kerana menyayangi Aina seadanya.Aina berharap abang selalu ada disisi Aina,pakai lah ia jika Aina ini adalah adik abang dan simpanlah ia jika Aina ni sekadar anak tumpang dalam keluarga abang,Zahidi membuka penutup bekas baldu itu,sebuah jam tangan Omega yang cantik dihadiahkan oleh Aina kepadanya,dia mengucapkan terimakasih dan berjanji akan sentiasa memakai jam tangan itu.

Aina terkilan kerana Hamidi hanya berdiam diri semasa dia menghulurkan kotak cincin tadi,airmata membasahi pipinya,kenapa hatinya sayu?adakah kasih sayang nya tak berbalas...tanpa tersedar Aina tertidur dalam sendu yang panjang..ayam jantan berkokok,Aina bingkas bangun dan mencapai tuala..Aina memulas tombol pintu,terkuak pintu dia pun menuju kebilik air,melewati bilik Hamidi tiba-tiba hatinya sedih kembali,biarlah hati jangan menangis,mungkin bukan dia jodoh aku..Aina memujuk hati.,Aina mandi dengan perlahan-lahan,seakan tiada semangat dalam dirinya.

Hamidi rupa-rupanya mengintai kelibat Aina,bila Aina telah menuju kebilik air,Hamidi menyelinap masuk kebilik Aina,kotak bekas cincin berbentuk hati tadi diletak atas meja solek Aina bersama sekeping surat.Dengan cepat Hamidi berlari keluar dan terus masuk kebiliknya semula.Aina selesai berwuduk dan kembali semula kedalam bilik dan menunaikan solat subuh,setelah siap bersolat,Aina mahu menyisir rambutnya,terpandang akan kotak cincin pemberiannya kepada Hamidi semalam,hatinya gelisah,memulas hulu hati,benar tekaannya selama ini,Hamidi menganggapnya tak lebih dari seorang adik..Dia mencapai sekeping surat..agak ringkas,tersusun ayat yang amat menyayat hati dan perasaannya..Aina abang pulangkan kotak ini kepada Aina..Abang tak memerlukannya kerana abang telah ada yang lebih berharga dari ia..Aina menangis tersedu-sedu..Dia tak sangka diamnya Anbang Long nya semalam kerana tak sudi menerima pemberiannya,apalagi dirinya,dia bertepuk sebelah tangan..

Aina bermuram durja sepanjang pagi itu,jam dinding menandakan ke angka 8.00 pagi,Dia tersedar yang dia masih belum menyediakan sarapan pagi,sebentar lagi Abang Ngahnya mahu pulang ke kota,dia bingkas bangun menuju kedapur,membuat sandwich kegemaran Zahidi dan nasi goeng kegemaran Hamidi,tetapi kerana terlalu sakit hati dibubuhnya garam sebanyak mungkin,biar dia rasa,padan dengan muka,dia ingat dia hensem..muka aku dia tak pandang,dia ingat aku heran dengan dia..jelas sekali bebelan Aina yang dicuri dengar oleh Hamidi..yang diam-diam menyusup masuk kedapur bila mencium haruman nasi goreng kegemarannya..segala gerak geri Aina diperhatikan dari A-Z..Aina terkejut bila pusing kebelakang mahu menagmbil pinggan untuk letakkan nasi gorenh,hidungnya hampir terkena bahu Hamidi..Hamidi tersenyum sambil berlalu menuju ke meja makan..kemudian Zahidi kedapur setelah bersiap untuk pulang ke kota..makanlah Abang Long,Abang Ngah.Aina bancuh air..Hamidi mengambil roti sandwich dan meyuap kemulutnya,hari ni Abang Long tak nak makan nasi goreng,abang Long nak makan sandwich..Zahidi memandang wajah abangnya dan bertanya kenapa tak makan nasi goreng,bukankah nasi goreng kampung itu kegemarannya..Aina meletakkan cawan berdekatan Zahidi lalu dituang air kopi yang dibancuhnya,kemudian dia menuangkan kopi secawan lagi untuk Hamidi,Aina menghampiri Hamidi dan meletakkan cawan berisi kopi berdekatan Hamidi sambil mempelawa Hamidi minum dan matanya tertancap pada cincin pemberiannya semalam..Aina duduk disebelah Hamidi sambil matanya terpaku pada jari manis Hamidi,Zahidi terperasan akan gelagat Aina seraya berkata..Hai lama merenung  jari buah hati...dah tak lama pun nak kena akad tangan sibuah hati tu...Aina tersipu malu...tak terangkat mukanya ketika itu..kenapalah Abang Long buat aku macam ni dia menyoal dirinya sendiri dan tergantung tanpa jawapan...Angah tahu tak kenapa Along tak nak makan nasi goreng pagi ni?tanya Hamidi sengaja mahu membakar hati Aina..ada orang tak ikhlas gorengkan nasi untuk Along..kalau Angah tak percaya Angah rasa...Zahidi merenung hairan pada wajah Hamidi,tetapi tangannya mencapai sudu dan menyudu nasi goreng kemulutnya,tiba-tiba Zahidi tersedak,tersembur keluar nasi goreng dalam mulutnya,.Apa ni Aina..tanya Zahidi,,ini sekapal garam yang Aina letak ni...nak bagi mati orang ke...Aina berubah wajah...kemudian Hamidi pun memulakan cerita bagaimana dia menyelinap masuk kebilik Aina dan meletakkan kotak cincin dan nota di atas meja solek Aina..dan itulah Aina berdendam padanya tapi sayang nasi yang jadi mangsa,bukan saja nasi tapi Abang Ngah juga jadi mangsa..Aina ni cemburu kan Abang Long ya...usik si Zahidi lagi...Aina tersipu malu..malu pada dirinya..sepatutnya Aina buka dulu kotak tu tapi Aina percaya pada nota yang ditulis..dalam cerdik Aina ada juga kebodohannya...Zahidi ketawa seorang dengan kerenah adiknya ini,

Aina...jangan lagi panggil Abang ni abang long,panggil je abang,minggu depan abang jumpa imam,kita menikah,abang akan jaga Aina sebagaimana selama ini abang mengambil berat terhadap Aina..memang abang terlalu sayangkan Aina,tapi abang simpan dalam hati sebab abang tak mahu Aina tak selesa bila abang meluahkan perasaan abang..tapi bila Aina sendiri yang setuju abang terima Aina seadanya dan itu juga adalah pesan arwah mak abang pada abang agar mengambil Aina sebagai isteri tetapi atas persetujuan Aina..Aina mendengar kata -kata Hamidi dengan rasa terharu bercampur baur dalam dirinya.

Masa untuk Aina dan Hamidi diakad nikah telah tiba..,Aina diwalikan oleh ayah kandungnya yang dicarinya tempoh hari,yang kepergiannya menjadi tandatanya,kenduri kesyukuran dan doa selamat diadakan secara sederhana..kini termeterailah sebuah ikatan perkahwinan dari sebuah keluarga angkat yang bahagia..Aina sentiasa ceria disisi suami kesayangannya dan abang ngah kesayangannya akan sentiasa bersama nya dalam apapun kadaannya..sehingga kini abang ngah nya tidak berkahwin..kenapa dan mengapa tak siapa pun yang tahu.

Aina,abang nak ke Tapah,ada kes jenayah berat yang akan dibicarakan disana,inilah kali pertama Aina berpisah dengan suaminya sejak mereka berkahwin,dan Aina telah mengandung 3 bulan..selalunya bila suami nya tiada dirumah abang ngah nya akan menemaninya tetapi kali ini abang ngah nya ada kerja khidmat masyarakat dan tak dapat menemaninya seperti biasa.Aina jaga diri ya sayang,apa-apa hal call abang,jangan buat kerja berat,abang pergi 3 hari saja,lepas tu abang pulang,kalau abang ngah free ajak dia temankan Aina tau...celah H amidi lagi..Baik lah abang,tapi rasanya Abang ngah tak dapat datang sebab dia keluar negeri..tak apa Aina boleh jaga diri,,kan Aina akan jadi Mama kenalah berdikari...seloroh Aina bersahaja..Hamidi tersenyum sambil mencuit dagu Aina.

Selepas Hamidi pergi Aina mengemas rumah dan mencuci pakaian,setelah selesai semua kerja Aina merehatkan diri,matanya terpaku pada bilik Zahidi,bilik itu dipandang sayu,hampir sebulan bilik itu kosong,tanpa penghuninya,Aina bangun dan berjalan menuju ke bilik Zahidi,kemas tersusun rapi segala peralatan dalam bilik tersebut..mata Aina terpandang pada laci meja tulis Zahidi yang sedikit terbuka,Aina merapati meja tersebut dan membuka laci itu,gambar-gambar Zahidi semasa kecil dan sekarang dilihat satu demi satu..tangannya memegang sekeping gambarnya yang berada dalam simpanan abang ngah nya,Kau ilhamku...Aina ku sayang..kupendam sebuah rindu,kupahat segala kenangan kita dilubuk hai,biar tiada siapa yang tahu akan perasaan sayang yang bercambah terhadapmu..aku akan selalu disisimu dalam suka dan dukamu..aku tak sanggup mencari penggantimu kerana kau tak pernah pergi dari hidupku...hanya kerana kita saudara susuan yang membuatkan kita terpisah...tapi kasih sayang aku padamu membuat aku hampir padamu...aku tak akan mengjhianati kasih sayang abang long padamu dan abang long akan menjadi suamimu..aku doakan agar kebahagiaan mengiringi tiap langkah perjalananmu...Airmata Aina bercucuran merembes keluar..digenggam gambar zahidi,direnung wajah tampan itu,setampan suaminya...Kring....ring....ring... telefon rumahnya menyedarkan Aina dari lamunan,dikemaskan gambar-gambar yang bertaburan,disimpan semula ketempat asal dan keluar dari bilik itu menuju kemeja kecil tempat telefon diletakkan,setelah menerima panggilan tersebut...Aina terduduk,menggigil seluruh anggota tubuhnya..digagahkan tangan mendail nombor telefon abang ngahnya...abang tolong pulang,Abang Hamidi kemalangan...suaranya terketar-ketar menuturkan tiap baris perkataan..zahidi dihujung talian minta Aina kuatkan semangat sementara zahidi akan baut urusan kepulangannya ketanahair.

Dalam suratkhabar dan berita tersiar berita seorang peguam muda maut ditempat kejadian setekah terbabit dalam kemalangan ngeri..Aina menangis tanpa henti-henti..Zahidi masih belum tiba untuk menguruskan jenazah arwah suami kesayangannya..setelah hampir 8 jam menunggu Zahidi sampai kerumah,tanpa berlengah terus membawa Aina ke hospital telok intan untuk menuntut jenazah...setelah segal-galanya selesai...kenduri tahlil dibuat dan malam itu Aina tidur bertemankan airmata..zahidi berada disisinya sepanjang masa.

Aina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel..zahidi memberikan anak itu dengan nama Nur Munira Najwa...cahaya bisikan rahsia...sebagaimana rahsia cintanya pada Aina...saban hari zahidi berada disisi Aina,memberi kekuatan pada adik kesayangan nya itu..Aina tersenyum melihat bayinya yang sudah pandai mengagah-dan berkomunikasi mata dengannya...zahidi membahasakan dirinya ayah...anak itu membesar dengan penuh kasih sayang walau tanpa ayahnya disisi...

Kini Aina semakin dimamah usia..zahidi kekasih dalam diamnya juga telah pergi mengadap Illahi,Nur Munira telah dewasa menjadi gadis yang cantik dan jelita,namun didikan agama yang dipelajari dan diterapkan kedalam dirinya membuatkan dia menjadi anak yang solehah,yang mulia akhlaknya...semuga roh zahidi dan hamidi dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi insan-insan yang beriman...amin...sekian

0 comments: