BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 19 November 2011

citer nie ksh semasa aku kecik2 dulu...aku mmg terkenal dgn kenakalan yg terlampau...papa dan arwah mama risau sgt akan diri aku...tp nk buat camne..dah ditakdir kan keadaan diri aku camni...

masa aku drjah 3 aku bersekolah di Titi Gajah,Alor setar...aku hanya berjalan kaki kesekolah...sekali sekala arwah mama akan menghantar dan menjemput aku balik...ada masa aku melalui jalan 'short cut' dlm kmpng...seronok nya berjalan dlm kampung nie   satu je...aku suka memetik buah-buahan yang dapat dicapai tangan...itu lah rutin harian aku sepanjang hari pergi dan balik sekolah...

dulu...org kedekut nak maut...buah-buahan yang x berapa sen nilainya tu...mcm beribu ringgit harganya pada mereka...rupa2nya mereka tidak mendiamkan diri..mereka memberitahu papa aku yg aku selalu memetik buah-buahan dipokok mereka...apalagi bila aku pulang dari sekolah...dan hanya menanti apa hukuman yg akan papa beri pada aku...tentulah rotan hingga berbirat...aku berdendam...aku akan ulang perbuatan aku bila aku ada peluang melakukan perkara itu...

adakala aku menjadi begitu baik...aku msh ingat lagi...rumah kampung yg disewa oleh papa dikelilingi pokok mempelam yang tinggi dan berbuah lebat...bila angin kuat atau bila buah mempelam itu masak...ia akan gugur...aku dgn bermurah hati akan mengutip buah2 itu dan aku akan kumpulkan buah2 itu...yang buahnya ranum dan cantik aku akan ambil dan yang agak putik dan x berapa elok aku hantar ke rumah tuan rumah...mmg dasar org kedekut apa salahnya hulurkan pada aku sebiji dua buah mempelam itu sebagai membalas budi aku nie...nasib baik aku dah ambik bahagian aku...

sekarang aku tergelak sorang2 bila aku melihat buah-buahan bertaburan atas tanah..x siapa pun yang peduli..bagai tak berharga buah-buahan itu...ada sesetengah orang menjual buah-buahan tersebut...tak kurang pula yang biarkan orang mengambilnya...kira sedekah la tu...tp zaman aku kecil dulu...buah rambutan 2 biji pun mereka sanggup tunggu...manalah tahu buah itu menjadi habuan aku...aku terfikir juga   bawa ke matikah buah-buahan tu semua yg kedekut nak maut...

alhamdulillah...sekarang segala2 berubah...walau ada yg masih kedekut tp kalau setakat buah yang tak termakan oleh mereka disedekahkan saja...x payah sibuk2 nak beli...sampai anak2 aku pun x heran pada buah2an itu semua...sbb mereka dpt merasa buah dari kebun atok mereka...

aku harap anak2ku x mengikut jejak aku masa aku kecil..apa saja yg mereka mahu aku beri kerana aku x mahu mereka menjadi seperti aku....

BICARA HATI SEORANG ANAK

aku bkn anak yg baik..yg menjadi kebanggan keluarga...dari kecil teman aku hanya lah dunia aku sendiri...aku tak tahu apa punca Papa langsung tak pernah bercakap baik dgn aku...sekadar 2-3 patah perkataan saja yang lahir dari bibirnya bila bercakap dgn aku...itupun dengan muka yang kelat...tp aku terima segala2 nya..aku menjadi penakut pada Papa...dan apa juga yang adik2 aku lakukan jika perkara itu sesuatu yang menjadi kemarahannya akulah yang akan menjadi mangsa kemarahannya...apa dosa aku...kenapa Papa selalu bertegas dgn aku tp tidak dgn adik2 yang lain...apakah betul alasan Papa aku ni terlalu nakal masa kecil dulu...tp kenapa setiap saat ada saja kesilapan aku yang Papa nampak...tapi apa pun yang adik2ku yang lain buat semua elok...tak pernah aku lihat Papa memarahi adik2ku yang lain..

Hingga kini persoalan itu berlegar dikepala dan minda aku...tp aku bukan anak yang pendendam...aku dikurniakan hati yang lembut...sentiasa memaafkan apa jua yang aku rasa itu perbuatan yang salah yang tak patut mereka lakukan terhadap aku...kini...arwah Mama telah tiada..aku berjanji..aku akan selalu menjaga adik2ku...walau pernah suatu ketika dulu hati aku tercalar luka atas perbuatan mereka...kerana sejahat mana pun mereka...seburuk mana pun mereka...mereka adalah dari darah daging arwah Mama dan Papa...adik kandung aku sendiri...Mungkin ada sesuatu yg tersembunyi yang hingga kini aku tak temui jawapannya...tp demi aku juga hanya insan biasa yang banyak melakukan dosa...aku redha terima apajua hukuman keatas diri aku...Papa ampunkan aku kerana aku tak layak dipanggil anak..aku bukan kebanggaanmu...aku hanya sekadar menyusahkan dirimu kerana terpaksa berhabisan duit untuk membesarkan aku...

Papa aku tak tahu rupa2 nya aku anak mu yang paling nakal...hingga kau sanggup kata aku ini bukan zuriat darimu...aku terima Papa...aku redha...dan aku memohon keampunan kerana selalu membuat kau sakit hati...akupun telah berkeluarga...ada anak dan hidup sendiri..aku ak akan meracuni fikiran anak2 ku untuk membencimu...aku telah beranjak tua untuk menyimpan segala perasaan dendam dan benci kerana ia tak ada kesudahan...aku tak mahu tersepit dalam jerat sendiri...cukup lah selama ini aku hidup dalam kekusutan dengan jiwa yang tak keruan...aku akan kuburkan segala sejarah lama...demi adik2 ku dan anak2ku...semau aku sayang...aku rindu belaian seorang ayah walau itu tak pernah aku lalui...kerana pengalaman pahit aku maka aku tak akan ia terjadi pada anak2ku...aku mahu anak2ku mendapat kasih sayng yang sempurna dari ibu dan ayah mereka...

Kini,aku lebih damai kerana aku hakis segala perasaan benci dalam diri aku...aku semaikan perasaan kasih pada Papa walau dari kejauhan..dalam doa..aku selalu memohon kehadrat Allah agar memberi kebahagiaan dan kejayaan pada Papa...semuga Papa panjang umur dan dimurahkan rezeki...Amin

MAAFKAN ANAKMU PAPA  

Kenangan di hari Ahad

20.11.2011


Aku teringat akan hari ini yang bertarikh 04.04.2011...sepanjang waktu pagi,tengahari dan petang aku menjalani rutin harian seperti biasa..arwah Mama ketika itu telah pulang ke rumahnya setelah hampir seminggu dirumah aku..aku tak pergi melawat mama..kerana ketika itu aku dan keluarga sedikit terkilan dengan adik aku ummi..bukan terkilan apa...dia kehilangan duit sebelum itu..dan dia syak suami aku yang mencuri duitnya..sebab memang suami aku selalu pergi menolong arwah Mama menjemur baju dan mengambil anak adikku pulang dari Tadika..tp peristiwa dia kehilangan duit dan bersyak wasangka pada suami aku dan anakku Harith membuat aku kurang berkunjung ke rumah Mama..pernah suami aku pergi ke rumah Mama..tetapi adik aku langsung tak tegur  suami aku..dan pernah arwah Mama minta suami aku dtg kerumahnya untuk membaiki paip bilik airnya yang bocor..sampai saja di rumah Mama..suami adik aku terus naik ke atas mengunci pintu biliknya..dan menanya Mama kenapa suami aku dtg ke rumah itu..Mama aku memberitahu yang dia meminta tolong suami aku baiki paip air...sejak itu...aku beritahu arwah Mama yang aku tak benarkan suami aku dan anak aku pergi kerana takut ada lagi barang yang hilang..tapi Mama sedih sgt..Mama kata kenapa aku mahu menghukum dia..biarlah apa yang adik dan suami nya nak kata apa..itu adalah rumah Mama dan Papa..tapi dalam diam suami aku tetap pergi membantu Mama seperti biasa kerana Mama aku terlalu lemah..nak berjalan pun tak terdaya..

03.04.2011(petang)
 Adik datang kerumah aku..aku tanya kan khabar Mama...adik kata Mama duduk2 berehat...dan aku bersyukur kerana Mama masih sihat walau dlm tak berdaya...adik pulang kerumahnya hampir jam 6.30
 petang.

04.04.2011
Aku hampir melelapkan mata setelah menemani anak2ku menonton cerita seram Indonesia..jam 1.15 minit pagi hari Isnin...aku menerima panggilan phone dari adik aku Marina..dia suruh aku bersiap untuk kerumah Mama...Mama tidur dengan nyenyak sekali...kejutan kami langsung tak menganggu tidurnya...dengkurnya seolah2 Mama melepaskan seribu kepenatan yang panjang...setelah kehabisan ikhtiar..suami aku menelefon Ambulans...dan Mama terus di bawa kehospital....hampir 5 jam Mama di masukkan kebilik rawatan 'kritikal'..kami adik beradik bergilir2 melihat Mama,kerana kami tak boleh menunggu ramai2 dibilik rawatan tersebut..

Papa memberitahu kami yang arwah Mama minta makan tapi mahu makan pisang dan segelas air masak..kemudian Mama beritahu yang dia mahu tidur..Papa kata tidur lah Papa baringkan Mama dan minta Mama anjakkan sedikit badannya keatas kerana kaki nya terjuntai pada birai katil..Papa kata Mama mengengsotkan sedikit badannya kemudian terus tidur..ketika itu jam lebih kurang pukul 5.30 petang..da hampir masuk waktu maghrib Papa mahi kesurau berdekatan dan minta adik tolong tengok2 kan Mama..bila Papa pulang kerumah selepas waktu Isya pun Mama masih lena dalam tidurnya..Adik menangis..adik kata kalau dia tahu Mama akan pergi...dia tak akan tinggalkan Mama..Dia sempat mandikan Mama..dan kononnya adik mahu panggil tukang gunting untuk guntingkan rambut Mama...tapi tak kesampaian...masa selepas mandipun...Mama kelihatan penat sangat...adik kata Mama lama menyandar di kerusi sebelum Mama tidur...

Allah kabulkan doa Mama..Mama selalu kata dia tak mahu menyusahkan anak2nya...selagi dia terdaya biarlah dia buat sendiri apa saja tugas yang menjadi rutin hariannya...tetapi disaat2 kesakitan Mama...Mama tenang saja..Mama dah tak peduli apa2 pun...seolah2 dia dah redha jika Allah menghantar Malaikat untuk mengambil nyawa nya...terkilan kerana terlalu banyak dosa2 yang aku lakukan pada arwah Mama...sepatutnya aku biarkan apa saja yang Mama lakukan pada aku...walau aku rasa tertindas dan terkilan..tetapi aku melawan...aku membantah...aku menjadi dingin pada arwah Mama...kini aku menyesal...penyesalan yang tak akan berkesudahan...andai diberi ruang waktu untuk aku mengundurkan masa aku ingin Mama kembali semula ke dunia nyata...aku mahu bersujud dikaki Mama memohon keampunan diatas segala dosa2 aku padanya...aku tak pernah kesal Mama meninggalkan dunia fana ini...tp yang sangat aku kesal Mama tak mendengar permohonan maaf aku kepadanya diatas segala dosa2ku...kerana Mama begitu nyenyak dalam lena yang panjang...lena yang membawa dia tenang bersemadi disisi Allah yang Esa..

Hingga kini sesaat pun aku tak lupa pada arwah Mama..semakin lama Mama bersemadi semakin hampir aku dengan Mama...aku redha kalau Allah menjemputku bersemadi disisi Mama..kerana aku tak sempat bersama Mama semasa hayatnya maka biarlah aku bersemadi disisi Mama menemani Mama dalam perjalanan menuju dunia akhirat..

Ya Allah ya tuhanku...ampunilah segala dosa2 arwah ibuku...kasihi dan kasihanilah arwah ibu sebagaimana dia mengasihi dan mengasihani kami ketika kami kecil semasa hayatnya ada...peliharailah arwah ibu dari siksaan kubur dan dari azab api neraka...cucurilah rahmatMu keatas roh ibu...semuga sejahtera arwah ibu dialam barzakh sana bersama arwah2 muslimin dan muslimat yang terlebih dahulu pergi mengadapMu...semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan2 yang beriman...Amin...

sayang..aku tak pernah berjanji untuk membuat kau bahagia..tetapi aku mahu kau tahu..aku akan sentiasa disisi mu disaat kau memerlukan..

Sayang..aku tak pernah berjanji untuk membuat kau sentiasa tersenyum..tetapi aku mahu kau tahu aku akan sentiasa ada bersamamu dikala kau dalam kesedihan...

Sayang..aku tak pernah berjanji untuk memberi harapan setinggi gunung..tetapi aku mahu kau tahu aku akan cuba buat yang terbaik untukmu agar kau akan sentiasa merasa dirimu disayangi..

Sayang,kasihilah aku seadanya aku..sayangilah aku sebagaimana sayangnya Yusuf pada Zulaikha..

Genggam lah tanganku sebagaimana pujangga mengenggam bara..teguhkan hati kita dengan kasih sayang kita sebagaimana teguhnya cinta mumtaz dan shahjahan..romeo dan juliet..dan lebih mulia lagi cinta Muhammad dan Khadijah...

Sayang..impian aku adalah mahu menjadi airmata...aku mahu mengalir dari tubir matamu..mengalir dipipimu..menjadi teman sewaktu dukamu..dan aku menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi kegelapan hidupmu..

Sayang..apapun aku berterimakasih kepadamu kerana kau sudi jadikan aku permaisuri dihatimu..kau memberi aku kasih sayang yang tak pernah kau lahir dengan kata2...tp perlakuan mu membuat aku amat bahagia..kerana kau kata cinta dan sayang itu tak perlu di ucapkan..ia hanya sekadar permainan lidah...

Dan dari bibit cinta kita lahir lah putera dan puteri yang kecilnya comel dan manja dan sekarang dah besar dan nakal...kita ni ibarat kawan pada mereka..kita mahu mereka bahagia tanpa ada perasaan takut yang terlampau...kerana apa...kerana aku sewaktu kecil tak pernah mendapat layanan yang baik dari Papa..hanya Mama yang selalu melayan aku dgn baik..tp tidak papa...aku terlalu takut pada papa yang terlalu tegas..hingga kerana itulah hubungan aku dan papa hingga sekarang dingin saja...jadi aku tak mahu anak2 merasa keadaan sebagaimana yg aku rasakan..aku bagi ruang keselesaan pada mereka..asal mereka tahu menghormati kita sebagai orang tua mereka..kini anak2 kita menghampiri kejayaan...semuga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..yang akan berjasa pada nusa dan bangsa..berjaya didunia dan akhirat...

Anak2 mak sayang..we love u alls...ur r our life and our soul....love u...and hope Allah bless always

mawar putih untuk mama

Kau sinaran bulan..
Menyerikan bintang-bintang..
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi..
Kau sirami embun..menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku..


Kau berikan mama..
Kasih sayang maha suci..
Betapa agungnya tiada ternilaikan..
Oh mama...oh mamaku tiada cinta yang murni..

Setulus cintamu..


Kusuntingkan mama sekuntum mawar putih..
Sebagai lambang kesucian cintaku..
Oh mama...Ohhhh...mamaku...mama...

Malam..kau bawa kepadaku seribu satu rahsia dalam kegelapanmu...adakah sedikit ruang bercahaya untuk aku intai dari celah tabir kelamku..aku mencari dimanakah tempat untuk aku berlindung dari kekalutan warna2 pudar dan kusam..ahhh....tidakku temui...hanya gelita yang penuh dengan kepayahan...aku mencari lagi...dimana dapat aku berpaut dari terjerumus kelembah hitam penuh noda...ahhh...tidakku temui...hanya jalan2 yang berliku yang penuh onak dan duri..dimana cahaya..dimana sinaran..adakah ia diakal yang sangsi atau dihati yang gundah...hingga yang aku temui hanya sepi dan sepi lagi....


Akhirnya cahaya dan sinaran itu aku temui juga setelah sekian lama aku menyusur daerah sepi yang penuh dengan kehitaman dan kegelapan...malam kelam yang penuh kekalutan itu aku kupas dengan lidah yang sentiasa berzikir..menyebut dan memuji akan kebesaran Illahi...aku belah langit gelita dengan akal yang tajam untuk aku singkap segala rahsia disebalik malam yang kelam dan gelap itu..aku temui cahaya dan sinaran rahmat Illahi..di sini aku bersujud dan bersyukur kerana Allah tidak membiarkan aku kelemasan keseorangan..Dia adalah sebaik2 pembimbing disaat kita hampiri kesesatan...Dia sebaik2 petunjuk disaat kita menghampiri kecelaruan...hanya Dia lah cahaya dikegelapan malam...hanya Dialah penyuluh dikesuraman malam dan hanya Dialah penenang disaat kita dalam kegusaran...hanya dengan mendekati Dia kita temui segala ketenangan walau dalam gelap gelita kerana tenang dan syahdu nya hati kita bukan kerana siang atau malam...tetapi kerana dihati kita ada Dia...hanya Dia...dan Dia juga lah dalam apa keadaan kita...Dan Dia adalah Allah Yang Maha Esa..Yang tidak pernah gentar akan apa jua..kerana Dialah yang menjadikan segala2nya yang ada dilangit dan dibumi...semuga aku bertambah beriman pada Allah yang telah mengizinkan aku menapak dibumi ini...terimakasih Ya Allah...kerana Kau izinkan aku lahir kedunia ini...dan aku memohon keampunan dariMU Ya Allah diatas segala kekhilafan yang aku lakukan sepanjang hayat ku.ini...

pesanan buat anak2ku..

Munira..ketika mak mengandungkan munie..mak selalu impikan seorang anak yang comel,manja dan bila besar menjadi anak yg baik dan pandai.Siang malam mak mendoakan yg terbaik untuk anak mak yg masih dalam kandungan..walau ketika kandungan mak berusia 7 bulan..mak diduga dengan dugaan yang amat berat..tp mak tak pernah berputus asa..mak tetap yakinkan diri mak suau hari nanti cahaya kebahagiaan pasti menyinari keluarga kita..dan kelahiran munie adalah penyeri segala kesuraman dlm hidup mak...29.08.1991 adalah tarikh kegembiraan dalam hudup mak bila mendengar tangisan munie bergema dialam maya..

Ilani..mak bahagia bila mendapat tahu mak mengandungkan adik ketika along berusia 9 bulan,walau agak susah juga kehidupan mak ketika itu...tp mak dengan seikhlas hati menerima berita gembira itu..mak berharap adik dapat menjadi peneman along..mak telan segala kepayahan dalam hidup mak..walau mak tahu terlalu sukar menjalani kehidupan bila segala2nya tidak stabil..tp mak tabah dan mak kuatkan semangat..dan yg paling bermakna dalam hdup mak adalah mak lahirkan adik dirumah..disambut oleh Opah..dan Atok menqamatkan adik..18.12.1992 adalah tarikh bermakna pada mak kerana adik adalah hadiah berharga yang Allah kurniakan pada mak dihari ulangtahun hri kelahiran mak..dan along begitu sayangkan adik..selalu bersama adik..

walau dlm kesedihan yg x pernah berlalu..tp mak x prnh kesal dgn apa yg terjadi dan berlaku..mak jaga anak2 mak dgn penuh kasih dan sayang..selama 4 tahun adik Lanie hanya bertemankan along akhirnya mak mengandung lagi..

Harith..semasa mengandungkan harith mak demam teruk..tp mak bersyukur kerana arwah opah x prnh biarkan mak sendirian..Opah bantu mak jaga along dan kak ngah..dan sampai tarikh sepatutnya Harith dilahirkan tp mak langsung x sakit perut..bila mak ke klinik,misi marahkan mak..misi suruh mak pergi hospital sebab sepatutnya mak telah bersalin,tp harith belum juga keluar..bila pergi hospital..doktor bagi tarikh untuk mak masuk wad..tp mak pura2 sakit..dan akhirnya doktor buat proses kelahiran supaya harith keluar..Alhamdulillah...Harith keluar dgn selamat..walau dalam jangkaan doktor usia kandungan mak semasa harith dalam rahim mak adalah 10 bulan..
Dan..yg mak kesiankan dan menjadikan iman mak serapuh kulit bawang adalah kerana Harith selalu menangis malam..adakala mak langsung x tidur..ayah bekerja bawa lori..adakala ayah x pulang kalau kena perjalanan jauh..maka mak seorang yg menjaga Harith..Opah pu bukan kuat dan kurang sihat untuk berjaga malam..maka mak bersengkang mata mendodoi Harith agar x menangis..tp bila masuk waktu subuh bukan main nyenyak tidur Harith..mak pun tumpang tidur sekejap..nasib baik ada ucu dan alang juga mak ngah tolong jaga kak long ngan kak ngah...5.6.1996..adalah tarikh gembira bagi mak..dan tarikh duka bagi kak ngah sebab kak ngah belum dapat terima akan adanya Harith sebab kak ngah ingat dah tak ada sesiapa lagi selepas dia..tp dlm seminggu..mak dan ayah selalu rapatkan kak ngah dgn Harith akhirnya kak ngah boleh terima harith...

Qusyairi..bila mak dpt tahu yg mak mengandung...mak jadi susah hati..mak cuba makan ubat..mak tak tahu kenapa mak rasa seakan tertekan sangat..mak minta along dgn kak ngah bagitahu ayah yang mak mengandung...ayah terima dgn gembira..ayah kata x payah la nak makan ubat..terima saja rezeki pemberian Allah dgn hati terbuka..kerana rezeki Allah tetap ada untuk anak2..bukan mak tertekan kerana QUSYAIRI...tp mak tertekan kerana ayah ketika itu terjebak dgn...mak jadi risau dan takut untuk melahirkan Qusyairi sebab mak takut tak mampu menjaga Qusyairi dgn sebaik mungkin..Alhamdulillah..selepas bersalinkan Qusyairu mak mendapat kerja part time diklinik..Opah menjaga Qusyairi sepanjang ketiadaan mak..dan mak gembira bila Qusyairi semakin membesar menjadi anak yg comel dan nakal hingga sekarang..mak sayang Qusyairi sebagaimana mak sayang abang dan kakak2..3.10.2000 mak lahir kan Qusyairi dengan seribu kesyukuran atas rezeki dan Rahmat Allah..

Zulaikha..adik adalah anak bongsu mak yang dapat mak jaga selama 3 bulan sahaja..maafkan mak sayang..bukan mak bencikan adik..dan bukan mak sengaja mahu memberi adik pada mak ngah yang sekarang adik panggil mama..tapi sebab Opah masa tu tak berapa sihat..ucu pula kena operate sebab sakit appendiks.abang Qusyairi pun masa tu kecil lagi..masih memerlukan perhatian yg lebih..maka kebetulan mak ngah pun baru kehilangan anak kerana keguguran..maka Opah minta mak beri kan adik Ika pada mak ngah..masa tu mak su jamie di gombakpun mahu jadikan anak angkatnya..mak pernah letak adik rumah maksu jamie kerana mak mahu dekat dengan adik..tp kerana Opah mahu mak ngah yg jaga adik..akhir nya mak izinkan..betul juga kata Opah..sebaik maksu jamie tu dia tetap orang lain..dan mak ngah adalah adik mak sendiri..jadi sehingga kini mak ngah lah yang menjaga adik..mak tak kecil hati kalau adik tak nak cakap dgn mak..mak tahu mak dah tak jaga adik bertahun2...tapi mak tak lupakan adik..tiap kali ada duit mak akan hantar buat adik..dan mak sentiasa mendoakan yg terbaik buat adik dan abang juga kakak..mak tak kisah dgn siapa adik nak pergi nanti..kalau adik nak tingal dgn mak satu masa nanti mak terima..dan mak akan ambil adik untuk bercuti di subang tiap kali ada waktu terluang..mak mahu dekat dengan adik..mak mahu menebus kesalahan mak pada adik kerana membiarkan adik membesar ditangan orang lain..sedangkan adik beradik yg lain mak yg jaga..tp kalau adik faham keadaan masa itu..adik tak akan marah kan mak..adik patut bersyukur kerana makngah menjaga adik..sekurang2 nya adik terbela..bukan bermakna mak x boleh jaga adik..tp keadaan masa itu terlalu sukar..memang payah untuk mak cerita dari A-Z..tp cukup lah adik dan anak2 mak yg lain faham keadaan mak ketika itu..mujurnya Allah masih memberi kekuatan mental dan fizikal pada mak..kalau tidak mak tak tahu macamana nasib amak2 mak..orang selalu kata dlm pantang dan lepas baru pantang..angin meroyan akan menyerang kalau kita susah hati..jadi mak bersyukur kerana mak x menghadapi dugaan begitu..mak bersyukur kepada Allah yang memberi mak kekuatan hati dan jiwa..maka mak harap adik Ika tak akan marah kan mak..fahamilah hati mak ketika itu..dan suatu hari nanti adik ika akan faham..InsyaAllah..

Kini aku gembira dan bahagia keraana Along telah berada di Universiti,Aisyah di kolej,Harith dalam tingkatan3,Iskandar dalam darjah 5 dan bakal menduduki UPSR tahun depan..dan ika dalam darjah 3..Ya Allah..berikanlah anak2ku ini kejayaan didunia dan akhirat..jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah yang dapat menolong insan2 yang memerlukan apabila mereka dewasa kelak.Selamatkan lah mereka dari bencana dunia dan dari kesengsaraan di akhirat kelak..semuga anak2ku mendapat taufiq dan hidayah dariMU Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday, 13 November 2011

Disini...perjalanan terlalu sukar..
Kiri dan kanan,depan dan belakang..
Pastinya..apa jua bisa terjadi..
Hanya..keyakinan yg teguh..tawakkal yg kukuh..
Dapat memberi kekuatan dijiwa..

Disini..belum pasti lagi bahagia menanti..
Kerana hidup ini adalah perjuangan..
Andai kita berjaya..tidak bermakna kita menang..
Dan andai kita gagal tidak bermakna kita kalah..

Kerana apa...kerana sememangnya hidup ini adalah ujian..
Orang yang berjaya dan mendapat kemenangan adalah ...
Orang yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNYA..
Dan berkonsi segala nikmat itu bersama saudara mara yg lain
Walau saudara mara itu bukan dari darah dagingnya sendiri..

Dan orang yang gagal dalam kehidupannya tidak bermakna dia kalah..
Kerana Allah telah menguji dirinya dengan apa yang mampu ditanggung olehnya..
Dan orang itu redha akan ketentuanNYA..kerana itu sebahagian ujian dariNYA
Untuk meningkatkan imannya dan menjadi insan yang lebih bertaqwa..
Lalu telah dijanjikan Allah..sekiranya dia redha akan segala kepayahan dan kesukaran
Dan sentiasa mensyukuri setiap ujian keatasnya...Maka syurga lah tempatnya..

Semuga kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa dan sentiasa menerima segala ujian ALLAH
Dengan segala ketabahan dan kekuatan iman dijiwa...
Sesungguhnya kesenangan,kemewahan..kesusahan,kemiskinan hanya lah ujian dariNYA semata2..
Berbahagialah insan yg berada apabila dia membahagiakan insan yang lain..
Dan bersyukurlah insan yang tidak punya apa kerana apa yang tiada padamu didunia ini..
ADA DI SYURGA SANA..SEANDAI KAU SABAR DAN REDHA...AMIN...

Saturday, 12 November 2011

terimakasih mama

MARCH 2011

Mama masih sihat walau sering mengadu sakit lutut...dalam keadaan sakit masih lagi mahu membuat kerja..kalau dilarang merajuk..dibiarkan tak sampai hati...tp kerana x mahu dia merajuk kami biarkan apa yg dia mahu lakukan..bila penat dia diam sendiri..

Mama selalu sakit kepala,ajak kehospital atau klinik langsung tak mahu..alasan mama..dia tak mahu menyusahkan anak2...adakala percakapan mama sering tersasul2...kadang2 dia memanggil aku adik..dia ingatkan aku umi..adakala dia memanggil kakak aku,(anak mama dgn suaminya dulu)..aku tak sangka rupa2nya itu tanda2 awal mama menghadapi penyakit stroke...pernah suami aku call aku ditempat kerja..suami aku kata mama buang air besar di atas lantai bilik air..dan bila mama jirus najis nya bersepah2..kemudian suami aku tlg cuci kan najis mama..dan mama memberitahu suami aku yg dia buang air kecil dekat sofa...padahal air minuman dia tumpah..mama ketika itu tidak menunjukkan tanda2 sakit yg berat..pada mata kasar..kami melihat mama sihat ala2 org tua yg x berdaya..adik aku selalu membawa mama ke rumah aku bila kami ketempat kerja kerana bimbang mama tinggal seorang diri dirumah..sbb bilik mama di atas..takut mama tak kuat utk turun naik tangga..

Dan kami cuba memujuk mama ke hospital tp mama tetap enggan..bila sakit kepala kami bagi mama panadol..mama kekadang menangis bagai anak kecil..hanya kami memandang mama dgn lidah yg kelu tak terkata apa..sbb mama susah utk dipujuk.Mama minta aku buat kan tapai..aku tak buat tapai yg mama mahu sbb adakala aku buat tapai tapi tak menjadi..dan bila aku keluar makan tengahari dgn yanti aku tengok ada tapai atas meja..aku bagitahu yanti yg mama mahu makan tapai..aku beli 4 bungkus tapai untuk mama..bila balik kerumah..aku minta suami aku letak tapai tersebut dalam pinggan,dan aku beri pada mama..berselera sekali mama makan tapai tu..mama habiskan 3 bungkus tapai dan tinbggalkan sebungkus untuk aku..aku kata pada mama aku tak kempunan jika tak dapat makan tapai tu..sbb aku tahu mama teringin nak habiskan tapai itu..

Mama tinggal di rumah aku selama 2 minggu..aku sempat melayan makan minum mama..aku mandikan mama..aku layan mama bagai anak kecil yg baru pandai berdikari..tp bila malam aku tak tidur dgn mama..sbb aku sakit pinggang tidur atas lantai..aku tidur dlm bilik..tp aku kerap bangun utk melihat mama..

Hari terakhir mama dirumah aku..mama mahu balik ke rumahnya..mama kata dia mahu pulang sekejap saja kerana dia rindukan rumahnya..adik aku tak mahu bawa balik mama kerana takut apa2 hal terjadi pada mama..tp aku pujuk adik bawa mama pulang kerumah sekejap..dn adik bawa mama balik..papa pun baru sampai dari johor.

04(april)2011

Suami aku selalu pergi melawat mama dirumah dia..aku pun ada sekali ikut suami aku kerumah mama..aku bawakan mama kerabu yg dia mahu makan..dia minta aku buatkan kerabu utk dia..aku bawa sekali dgn bubur kacang..kemudian mama minta aku buatkan pengat pisang untuknya..kebetulan keesokan hari adalah hari isnin..aku minta suami aku tlg belikan pisang dan bila aku pulang kerja sebelah petang,aku minta adik tunggu,aku masakkan pengat utk mama..aku kirim pada adik..

Dan inilah kemuncak kesedihan yg bermula dalam hidupku..03/04/2011..aku menonton t.v dgn anak2 aku..hampir pukul 12 mlm aku baru mahu tidur..pukul 1.00 pagi..aku mendapat panggilan handphone dari adik aku..marina..dia ajak aku pergi rumah mama..katanya papa call dia beritahu mama tidur dari pukul 6.00 ptg tidak bangun2..papa mahu kesurau mahu sembahyang maghrib dan minta tlg adik aku umi jengok2 mama..tp selepas waktu isya dan papa pulang ke rumah pun mama belum sedar..Dalam pukul 5.00 petang umi dtg rumah aku...aku tanya khabar mama..adik umi kata mama duduk rehat..tp masa tengahari..adik bagi mama mandi..mama seakan penat sangat sambil bersandar pada kerusi..lama juga mama menyandar..kemudian mama bangun perlahan2 dipimpin adik naik ke atas katil..mama hanya makan pisang dgn segelas air..mama dah tak berselera makan..hari itu adalah hari Ahad..pada hari Sabtu tu aku dtg melawat mama..aku masuk bilik mama..aku kesian tengok mama..mama berbogel mahu pakai baju..tp tangannya membelek2 baju seolah2 tak tahu macamana mahu pakai baju..aku pun pakaikan baju dan sarungkan kain batik pada mama dan aku tidurkan mama..kemudian aku minta mahu pulang untuk pergi rumah adik aku marina sbb masa tu marina buat kenduri baru pindah rumah.

Kalau lah aku tahu mama akan pergi buat selama-lamanya..aku tak akan pergi rumah marina pada hari sabtu tu..aku jaga mama..tp siapa yang menduga semua ini terjadi kerana soal kematian adalah rahsia Allah yg tak siapapun ketahui..dan pada hari ahad itu..adik aku pun tak sangka yg mama tersandar lama dikerusi selepas mandi adalah kerana mama sedang menghadapi saat2 ajalnya...dan bila kejutan kami tidak juga menyedarkan mama..suami aku telefon ambulans..pada pukul antara 2.00 pagi-3.00 pagi Isnin..ambulans datang dan bawa mama kehospital..setelah di rawat..doktor mengesahkan mama terkena stroke dan pembuluh darah dileher mama telah pecah..kemungkinana mama hidup adalah tipis dan kalau mama masih bernafas pun mama tetap tak akan sedar diri..sehari dihospital,pulang ke rumah dan pergi lagi..itulah yg kami laku kan sepanjang tempoh mama dihospital..dan keesokan hari umi call aku..suruh aku bersiap sbb mama sudah nazak..mama langsung tak sedar diri dari petang ahad,aku pun bersiap ala kadar,umi dtg bersama suaminya kami terus bertolak sementara suami aku pergi kehospital dgn motorsikalnya...sesampai dihospital..anak buah aku tak dibenarkan masuk..lalu aku kekaunter mahu mendapat kebenaran utk bawa anak buah aku masuk..terkejut aku mendengar nurse cakap patient katil sekian2 telah meninggal dunia..bagi ajelah budak tu masuk..aku menanyakan sekali lagi betul ke mama dah meninggal..dan jawapannya adalah ya...mama telah meninggal....hingga kini aku tak pernah sesaat lupakan arwah mama..bkn aku tak redha kepergian mama mengadap ALLAH YG MAHA ESA...tp aku terkilan kerana aku tak sempat memohon keampunana di atas segala dosa2 yg aku lakukan pada mama..mama lena dalam tidurnya hingga dia dijemput malaikatmaut..mama masih tak sedar diri..tenangnya mama beradu..sayu wajah mama ku pandang sayup2..menitis airmata kerana tak ada bakti apa pun yg aku lakukan untuk membahagiakan mama.

Kini aku berjanji atas nama mama..aku akan jaga adik aku umi dan anak buah aku yg amat mama sayangi...aku akan lakukan apa saja untuk adik sebagaimana mama memberi sepenuh kasih sayang nya pada kami..apa pun hajat mama yg tak kesampaian aku akan cuba tunaikan..dan aku akan cuba untuk bersedekah apa yg termampu demi menambah pahala mama..

YaAllah..sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..ampunilah segala dosa arwah mamaku...Rahimah binti Ibrahim...tempatkan mama disisi insan2 yg beriman..diantara para kekasih2Mu..cucurilah rahmatMu keatas roh mama..kasihi dan kasihanilah mama sebagaimana dia mengasihi dan mengasihani kami ketika kami kecil..peliharailah mama dari azab kubur dan dari siksaan neraka...sejahterakanlah kehidupan mama dialam barzakh sana sehingga lah kehari kebangkitan kelak...sesungguhnya YaAllah..dariMu kami datang dan kepadaMu kami pulang dan kepadaMu jualah kami memohon dan kami meminta agar mama aman bersemadi bersama arwah2 muslimin muslimat yg terlebih dahulu pergi menemuiMu...kami jua akan mengikuti jejak langkah mereka InsyaAllah,....AlFatihah buat mama...amin...(MAMA SELALU UCAPKAN PERKATAAN "MAMA TAK MAHU SUSAHKAN ANAK2")ALLAH TELAH MAKBULKAN UCAPAN MAMA..DAN MEMANG KAMI TAK SUSAH LANGSUNG MELAYANI SAKIT MAMA YG HANYA SEKETIKA..DAN SAKIT MAMA TIDAK LAH MEMBUATKAN KAMI TERASA SUSAH UNTUK MENJAGA MAMA..KERANA MAMA TIDAK TERLANTAR BERBULAN2..MAMA MASIH BOLEH BERJALAN WALAU DLM KEPAYAHAN YG TAK TERLALU SUKAR...KEPERGIAN MAMA SENANG SEKALI...KAMI TAK TERKILAN MAMA PERGI...KAMI REDHA...YG KAMI KESALKAN ADAKAH DOSA2 KAMI TELAH DIAMPUN OLEH ARWAH MAMA...

Friday, 11 November 2011

Buat Mu Ibu-Aeman


11- 11-11...hari ini jika bonda masih ada...bonda akan menyambut ulangtahun usianya yg ke-72 tahun...tapi Allah lebih menyayangi  bonda...bonda pergi mengadap Illahi pada 5-4-2011...telah 7 bulan bonda bersemadi disisi Allah Yg Esa..semuga roh bonda dicucuri rahmat...AlFatihah buat bonda tercinta...Amin.