sayang..aku tak pernah berjanji untuk membuat kau bahagia..tetapi aku mahu kau tahu..aku akan sentiasa disisi mu disaat kau memerlukan..
Sayang..aku tak pernah berjanji untuk membuat kau sentiasa tersenyum..tetapi aku mahu kau tahu aku akan sentiasa ada bersamamu dikala kau dalam kesedihan...
Sayang..aku tak pernah berjanji untuk memberi harapan setinggi gunung..tetapi aku mahu kau tahu aku akan cuba buat yang terbaik untukmu agar kau akan sentiasa merasa dirimu disayangi..
Sayang,kasihilah aku seadanya aku..sayangilah aku sebagaimana sayangnya Yusuf pada Zulaikha..
Genggam lah tanganku sebagaimana pujangga mengenggam bara..teguhkan hati kita dengan kasih sayang kita sebagaimana teguhnya cinta mumtaz dan shahjahan..romeo dan juliet..dan lebih mulia lagi cinta Muhammad dan Khadijah...
Sayang..impian aku adalah mahu menjadi airmata...aku mahu mengalir dari tubir matamu..mengalir dipipimu..menjadi teman sewaktu dukamu..dan aku menjadi lilin yang membakar diri demi menerangi kegelapan hidupmu..
Sayang..apapun aku berterimakasih kepadamu kerana kau sudi jadikan aku permaisuri dihatimu..kau memberi aku kasih sayang yang tak pernah kau lahir dengan kata2...tp perlakuan mu membuat aku amat bahagia..kerana kau kata cinta dan sayang itu tak perlu di ucapkan..ia hanya sekadar permainan lidah...
Dan dari bibit cinta kita lahir lah putera dan puteri yang kecilnya comel dan manja dan sekarang dah besar dan nakal...kita ni ibarat kawan pada mereka..kita mahu mereka bahagia tanpa ada perasaan takut yang terlampau...kerana apa...kerana aku sewaktu kecil tak pernah mendapat layanan yang baik dari Papa..hanya Mama yang selalu melayan aku dgn baik..tp tidak papa...aku terlalu takut pada papa yang terlalu tegas..hingga kerana itulah hubungan aku dan papa hingga sekarang dingin saja...jadi aku tak mahu anak2 merasa keadaan sebagaimana yg aku rasakan..aku bagi ruang keselesaan pada mereka..asal mereka tahu menghormati kita sebagai orang tua mereka..kini anak2 kita menghampiri kejayaan...semuga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..yang akan berjasa pada nusa dan bangsa..berjaya didunia dan akhirat...
Anak2 mak sayang..we love u alls...ur r our life and our soul....love u...and hope Allah bless always
Saturday, 19 November 2011
Posted by anne salwa at 05:49
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment