20.11.2011
Aku teringat akan hari ini yang bertarikh 04.04.2011...sepanjang waktu pagi,tengahari dan petang aku menjalani rutin harian seperti biasa..arwah Mama ketika itu telah pulang ke rumahnya setelah hampir seminggu dirumah aku..aku tak pergi melawat mama..kerana ketika itu aku dan keluarga sedikit terkilan dengan adik aku ummi..bukan terkilan apa...dia kehilangan duit sebelum itu..dan dia syak suami aku yang mencuri duitnya..sebab memang suami aku selalu pergi menolong arwah Mama menjemur baju dan mengambil anak adikku pulang dari Tadika..tp peristiwa dia kehilangan duit dan bersyak wasangka pada suami aku dan anakku Harith membuat aku kurang berkunjung ke rumah Mama..pernah suami aku pergi ke rumah Mama..tetapi adik aku langsung tak tegur suami aku..dan pernah arwah Mama minta suami aku dtg kerumahnya untuk membaiki paip bilik airnya yang bocor..sampai saja di rumah Mama..suami adik aku terus naik ke atas mengunci pintu biliknya..dan menanya Mama kenapa suami aku dtg ke rumah itu..Mama aku memberitahu yang dia meminta tolong suami aku baiki paip air...sejak itu...aku beritahu arwah Mama yang aku tak benarkan suami aku dan anak aku pergi kerana takut ada lagi barang yang hilang..tapi Mama sedih sgt..Mama kata kenapa aku mahu menghukum dia..biarlah apa yang adik dan suami nya nak kata apa..itu adalah rumah Mama dan Papa..tapi dalam diam suami aku tetap pergi membantu Mama seperti biasa kerana Mama aku terlalu lemah..nak berjalan pun tak terdaya..
03.04.2011(petang)
Adik datang kerumah aku..aku tanya kan khabar Mama...adik kata Mama duduk2 berehat...dan aku bersyukur kerana Mama masih sihat walau dlm tak berdaya...adik pulang kerumahnya hampir jam 6.30
petang.
04.04.2011
Aku hampir melelapkan mata setelah menemani anak2ku menonton cerita seram Indonesia..jam 1.15 minit pagi hari Isnin...aku menerima panggilan phone dari adik aku Marina..dia suruh aku bersiap untuk kerumah Mama...Mama tidur dengan nyenyak sekali...kejutan kami langsung tak menganggu tidurnya...dengkurnya seolah2 Mama melepaskan seribu kepenatan yang panjang...setelah kehabisan ikhtiar..suami aku menelefon Ambulans...dan Mama terus di bawa kehospital....hampir 5 jam Mama di masukkan kebilik rawatan 'kritikal'..kami adik beradik bergilir2 melihat Mama,kerana kami tak boleh menunggu ramai2 dibilik rawatan tersebut..
Papa memberitahu kami yang arwah Mama minta makan tapi mahu makan pisang dan segelas air masak..kemudian Mama beritahu yang dia mahu tidur..Papa kata tidur lah Papa baringkan Mama dan minta Mama anjakkan sedikit badannya keatas kerana kaki nya terjuntai pada birai katil..Papa kata Mama mengengsotkan sedikit badannya kemudian terus tidur..ketika itu jam lebih kurang pukul 5.30 petang..da hampir masuk waktu maghrib Papa mahi kesurau berdekatan dan minta adik tolong tengok2 kan Mama..bila Papa pulang kerumah selepas waktu Isya pun Mama masih lena dalam tidurnya..Adik menangis..adik kata kalau dia tahu Mama akan pergi...dia tak akan tinggalkan Mama..Dia sempat mandikan Mama..dan kononnya adik mahu panggil tukang gunting untuk guntingkan rambut Mama...tapi tak kesampaian...masa selepas mandipun...Mama kelihatan penat sangat...adik kata Mama lama menyandar di kerusi sebelum Mama tidur...
Allah kabulkan doa Mama..Mama selalu kata dia tak mahu menyusahkan anak2nya...selagi dia terdaya biarlah dia buat sendiri apa saja tugas yang menjadi rutin hariannya...tetapi disaat2 kesakitan Mama...Mama tenang saja..Mama dah tak peduli apa2 pun...seolah2 dia dah redha jika Allah menghantar Malaikat untuk mengambil nyawa nya...terkilan kerana terlalu banyak dosa2 yang aku lakukan pada arwah Mama...sepatutnya aku biarkan apa saja yang Mama lakukan pada aku...walau aku rasa tertindas dan terkilan..tetapi aku melawan...aku membantah...aku menjadi dingin pada arwah Mama...kini aku menyesal...penyesalan yang tak akan berkesudahan...andai diberi ruang waktu untuk aku mengundurkan masa aku ingin Mama kembali semula ke dunia nyata...aku mahu bersujud dikaki Mama memohon keampunan diatas segala dosa2 aku padanya...aku tak pernah kesal Mama meninggalkan dunia fana ini...tp yang sangat aku kesal Mama tak mendengar permohonan maaf aku kepadanya diatas segala dosa2ku...kerana Mama begitu nyenyak dalam lena yang panjang...lena yang membawa dia tenang bersemadi disisi Allah yang Esa..
Hingga kini sesaat pun aku tak lupa pada arwah Mama..semakin lama Mama bersemadi semakin hampir aku dengan Mama...aku redha kalau Allah menjemputku bersemadi disisi Mama..kerana aku tak sempat bersama Mama semasa hayatnya maka biarlah aku bersemadi disisi Mama menemani Mama dalam perjalanan menuju dunia akhirat..
Ya Allah ya tuhanku...ampunilah segala dosa2 arwah ibuku...kasihi dan kasihanilah arwah ibu sebagaimana dia mengasihi dan mengasihani kami ketika kami kecil semasa hayatnya ada...peliharailah arwah ibu dari siksaan kubur dan dari azab api neraka...cucurilah rahmatMu keatas roh ibu...semuga sejahtera arwah ibu dialam barzakh sana bersama arwah2 muslimin dan muslimat yang terlebih dahulu pergi mengadapMu...semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan2 yang beriman...Amin...


0 comments:
Post a Comment