MARCH 2011
Mama masih sihat walau sering mengadu sakit lutut...dalam keadaan sakit masih lagi mahu membuat kerja..kalau dilarang merajuk..dibiarkan tak sampai hati...tp kerana x mahu dia merajuk kami biarkan apa yg dia mahu lakukan..bila penat dia diam sendiri..
Mama selalu sakit kepala,ajak kehospital atau klinik langsung tak mahu..alasan mama..dia tak mahu menyusahkan anak2...adakala percakapan mama sering tersasul2...kadang2 dia memanggil aku adik..dia ingatkan aku umi..adakala dia memanggil kakak aku,(anak mama dgn suaminya dulu)..aku tak sangka rupa2nya itu tanda2 awal mama menghadapi penyakit stroke...pernah suami aku call aku ditempat kerja..suami aku kata mama buang air besar di atas lantai bilik air..dan bila mama jirus najis nya bersepah2..kemudian suami aku tlg cuci kan najis mama..dan mama memberitahu suami aku yg dia buang air kecil dekat sofa...padahal air minuman dia tumpah..mama ketika itu tidak menunjukkan tanda2 sakit yg berat..pada mata kasar..kami melihat mama sihat ala2 org tua yg x berdaya..adik aku selalu membawa mama ke rumah aku bila kami ketempat kerja kerana bimbang mama tinggal seorang diri dirumah..sbb bilik mama di atas..takut mama tak kuat utk turun naik tangga..
Dan kami cuba memujuk mama ke hospital tp mama tetap enggan..bila sakit kepala kami bagi mama panadol..mama kekadang menangis bagai anak kecil..hanya kami memandang mama dgn lidah yg kelu tak terkata apa..sbb mama susah utk dipujuk.Mama minta aku buat kan tapai..aku tak buat tapai yg mama mahu sbb adakala aku buat tapai tapi tak menjadi..dan bila aku keluar makan tengahari dgn yanti aku tengok ada tapai atas meja..aku bagitahu yanti yg mama mahu makan tapai..aku beli 4 bungkus tapai untuk mama..bila balik kerumah..aku minta suami aku letak tapai tersebut dalam pinggan,dan aku beri pada mama..berselera sekali mama makan tapai tu..mama habiskan 3 bungkus tapai dan tinbggalkan sebungkus untuk aku..aku kata pada mama aku tak kempunan jika tak dapat makan tapai tu..sbb aku tahu mama teringin nak habiskan tapai itu..
Mama tinggal di rumah aku selama 2 minggu..aku sempat melayan makan minum mama..aku mandikan mama..aku layan mama bagai anak kecil yg baru pandai berdikari..tp bila malam aku tak tidur dgn mama..sbb aku sakit pinggang tidur atas lantai..aku tidur dlm bilik..tp aku kerap bangun utk melihat mama..
Hari terakhir mama dirumah aku..mama mahu balik ke rumahnya..mama kata dia mahu pulang sekejap saja kerana dia rindukan rumahnya..adik aku tak mahu bawa balik mama kerana takut apa2 hal terjadi pada mama..tp aku pujuk adik bawa mama pulang kerumah sekejap..dn adik bawa mama balik..papa pun baru sampai dari johor.
04(april)2011
Suami aku selalu pergi melawat mama dirumah dia..aku pun ada sekali ikut suami aku kerumah mama..aku bawakan mama kerabu yg dia mahu makan..dia minta aku buatkan kerabu utk dia..aku bawa sekali dgn bubur kacang..kemudian mama minta aku buatkan pengat pisang untuknya..kebetulan keesokan hari adalah hari isnin..aku minta suami aku tlg belikan pisang dan bila aku pulang kerja sebelah petang,aku minta adik tunggu,aku masakkan pengat utk mama..aku kirim pada adik..
Dan inilah kemuncak kesedihan yg bermula dalam hidupku..03/04/2011..aku menonton t.v dgn anak2 aku..hampir pukul 12 mlm aku baru mahu tidur..pukul 1.00 pagi..aku mendapat panggilan handphone dari adik aku..marina..dia ajak aku pergi rumah mama..katanya papa call dia beritahu mama tidur dari pukul 6.00 ptg tidak bangun2..papa mahu kesurau mahu sembahyang maghrib dan minta tlg adik aku umi jengok2 mama..tp selepas waktu isya dan papa pulang ke rumah pun mama belum sedar..Dalam pukul 5.00 petang umi dtg rumah aku...aku tanya khabar mama..adik umi kata mama duduk rehat..tp masa tengahari..adik bagi mama mandi..mama seakan penat sangat sambil bersandar pada kerusi..lama juga mama menyandar..kemudian mama bangun perlahan2 dipimpin adik naik ke atas katil..mama hanya makan pisang dgn segelas air..mama dah tak berselera makan..hari itu adalah hari Ahad..pada hari Sabtu tu aku dtg melawat mama..aku masuk bilik mama..aku kesian tengok mama..mama berbogel mahu pakai baju..tp tangannya membelek2 baju seolah2 tak tahu macamana mahu pakai baju..aku pun pakaikan baju dan sarungkan kain batik pada mama dan aku tidurkan mama..kemudian aku minta mahu pulang untuk pergi rumah adik aku marina sbb masa tu marina buat kenduri baru pindah rumah.
Kalau lah aku tahu mama akan pergi buat selama-lamanya..aku tak akan pergi rumah marina pada hari sabtu tu..aku jaga mama..tp siapa yang menduga semua ini terjadi kerana soal kematian adalah rahsia Allah yg tak siapapun ketahui..dan pada hari ahad itu..adik aku pun tak sangka yg mama tersandar lama dikerusi selepas mandi adalah kerana mama sedang menghadapi saat2 ajalnya...dan bila kejutan kami tidak juga menyedarkan mama..suami aku telefon ambulans..pada pukul antara 2.00 pagi-3.00 pagi Isnin..ambulans datang dan bawa mama kehospital..setelah di rawat..doktor mengesahkan mama terkena stroke dan pembuluh darah dileher mama telah pecah..kemungkinana mama hidup adalah tipis dan kalau mama masih bernafas pun mama tetap tak akan sedar diri..sehari dihospital,pulang ke rumah dan pergi lagi..itulah yg kami laku kan sepanjang tempoh mama dihospital..dan keesokan hari umi call aku..suruh aku bersiap sbb mama sudah nazak..mama langsung tak sedar diri dari petang ahad,aku pun bersiap ala kadar,umi dtg bersama suaminya kami terus bertolak sementara suami aku pergi kehospital dgn motorsikalnya...sesampai dihospital..anak buah aku tak dibenarkan masuk..lalu aku kekaunter mahu mendapat kebenaran utk bawa anak buah aku masuk..terkejut aku mendengar nurse cakap patient katil sekian2 telah meninggal dunia..bagi ajelah budak tu masuk..aku menanyakan sekali lagi betul ke mama dah meninggal..dan jawapannya adalah ya...mama telah meninggal....hingga kini aku tak pernah sesaat lupakan arwah mama..bkn aku tak redha kepergian mama mengadap ALLAH YG MAHA ESA...tp aku terkilan kerana aku tak sempat memohon keampunana di atas segala dosa2 yg aku lakukan pada mama..mama lena dalam tidurnya hingga dia dijemput malaikatmaut..mama masih tak sedar diri..tenangnya mama beradu..sayu wajah mama ku pandang sayup2..menitis airmata kerana tak ada bakti apa pun yg aku lakukan untuk membahagiakan mama.
Kini aku berjanji atas nama mama..aku akan jaga adik aku umi dan anak buah aku yg amat mama sayangi...aku akan lakukan apa saja untuk adik sebagaimana mama memberi sepenuh kasih sayang nya pada kami..apa pun hajat mama yg tak kesampaian aku akan cuba tunaikan..dan aku akan cuba untuk bersedekah apa yg termampu demi menambah pahala mama..
YaAllah..sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..ampunilah segala dosa arwah mamaku...Rahimah binti Ibrahim...tempatkan mama disisi insan2 yg beriman..diantara para kekasih2Mu..cucurilah rahmatMu keatas roh mama..kasihi dan kasihanilah mama sebagaimana dia mengasihi dan mengasihani kami ketika kami kecil..peliharailah mama dari azab kubur dan dari siksaan neraka...sejahterakanlah kehidupan mama dialam barzakh sana sehingga lah kehari kebangkitan kelak...sesungguhnya YaAllah..dariMu kami datang dan kepadaMu kami pulang dan kepadaMu jualah kami memohon dan kami meminta agar mama aman bersemadi bersama arwah2 muslimin muslimat yg terlebih dahulu pergi menemuiMu...kami jua akan mengikuti jejak langkah mereka InsyaAllah,....AlFatihah buat mama...amin...(MAMA SELALU UCAPKAN PERKATAAN "MAMA TAK MAHU SUSAHKAN ANAK2")ALLAH TELAH MAKBULKAN UCAPAN MAMA..DAN MEMANG KAMI TAK SUSAH LANGSUNG MELAYANI SAKIT MAMA YG HANYA SEKETIKA..DAN SAKIT MAMA TIDAK LAH MEMBUATKAN KAMI TERASA SUSAH UNTUK MENJAGA MAMA..KERANA MAMA TIDAK TERLANTAR BERBULAN2..MAMA MASIH BOLEH BERJALAN WALAU DLM KEPAYAHAN YG TAK TERLALU SUKAR...KEPERGIAN MAMA SENANG SEKALI...KAMI TAK TERKILAN MAMA PERGI...KAMI REDHA...YG KAMI KESALKAN ADAKAH DOSA2 KAMI TELAH DIAMPUN OLEH ARWAH MAMA...
Saturday, 12 November 2011
terimakasih mama
Posted by anne salwa at 06:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment