BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 19 November 2011

pesanan buat anak2ku..

Munira..ketika mak mengandungkan munie..mak selalu impikan seorang anak yang comel,manja dan bila besar menjadi anak yg baik dan pandai.Siang malam mak mendoakan yg terbaik untuk anak mak yg masih dalam kandungan..walau ketika kandungan mak berusia 7 bulan..mak diduga dengan dugaan yang amat berat..tp mak tak pernah berputus asa..mak tetap yakinkan diri mak suau hari nanti cahaya kebahagiaan pasti menyinari keluarga kita..dan kelahiran munie adalah penyeri segala kesuraman dlm hidup mak...29.08.1991 adalah tarikh kegembiraan dalam hudup mak bila mendengar tangisan munie bergema dialam maya..

Ilani..mak bahagia bila mendapat tahu mak mengandungkan adik ketika along berusia 9 bulan,walau agak susah juga kehidupan mak ketika itu...tp mak dengan seikhlas hati menerima berita gembira itu..mak berharap adik dapat menjadi peneman along..mak telan segala kepayahan dalam hidup mak..walau mak tahu terlalu sukar menjalani kehidupan bila segala2nya tidak stabil..tp mak tabah dan mak kuatkan semangat..dan yg paling bermakna dalam hdup mak adalah mak lahirkan adik dirumah..disambut oleh Opah..dan Atok menqamatkan adik..18.12.1992 adalah tarikh bermakna pada mak kerana adik adalah hadiah berharga yang Allah kurniakan pada mak dihari ulangtahun hri kelahiran mak..dan along begitu sayangkan adik..selalu bersama adik..

walau dlm kesedihan yg x pernah berlalu..tp mak x prnh kesal dgn apa yg terjadi dan berlaku..mak jaga anak2 mak dgn penuh kasih dan sayang..selama 4 tahun adik Lanie hanya bertemankan along akhirnya mak mengandung lagi..

Harith..semasa mengandungkan harith mak demam teruk..tp mak bersyukur kerana arwah opah x prnh biarkan mak sendirian..Opah bantu mak jaga along dan kak ngah..dan sampai tarikh sepatutnya Harith dilahirkan tp mak langsung x sakit perut..bila mak ke klinik,misi marahkan mak..misi suruh mak pergi hospital sebab sepatutnya mak telah bersalin,tp harith belum juga keluar..bila pergi hospital..doktor bagi tarikh untuk mak masuk wad..tp mak pura2 sakit..dan akhirnya doktor buat proses kelahiran supaya harith keluar..Alhamdulillah...Harith keluar dgn selamat..walau dalam jangkaan doktor usia kandungan mak semasa harith dalam rahim mak adalah 10 bulan..
Dan..yg mak kesiankan dan menjadikan iman mak serapuh kulit bawang adalah kerana Harith selalu menangis malam..adakala mak langsung x tidur..ayah bekerja bawa lori..adakala ayah x pulang kalau kena perjalanan jauh..maka mak seorang yg menjaga Harith..Opah pu bukan kuat dan kurang sihat untuk berjaga malam..maka mak bersengkang mata mendodoi Harith agar x menangis..tp bila masuk waktu subuh bukan main nyenyak tidur Harith..mak pun tumpang tidur sekejap..nasib baik ada ucu dan alang juga mak ngah tolong jaga kak long ngan kak ngah...5.6.1996..adalah tarikh gembira bagi mak..dan tarikh duka bagi kak ngah sebab kak ngah belum dapat terima akan adanya Harith sebab kak ngah ingat dah tak ada sesiapa lagi selepas dia..tp dlm seminggu..mak dan ayah selalu rapatkan kak ngah dgn Harith akhirnya kak ngah boleh terima harith...

Qusyairi..bila mak dpt tahu yg mak mengandung...mak jadi susah hati..mak cuba makan ubat..mak tak tahu kenapa mak rasa seakan tertekan sangat..mak minta along dgn kak ngah bagitahu ayah yang mak mengandung...ayah terima dgn gembira..ayah kata x payah la nak makan ubat..terima saja rezeki pemberian Allah dgn hati terbuka..kerana rezeki Allah tetap ada untuk anak2..bukan mak tertekan kerana QUSYAIRI...tp mak tertekan kerana ayah ketika itu terjebak dgn...mak jadi risau dan takut untuk melahirkan Qusyairi sebab mak takut tak mampu menjaga Qusyairi dgn sebaik mungkin..Alhamdulillah..selepas bersalinkan Qusyairu mak mendapat kerja part time diklinik..Opah menjaga Qusyairi sepanjang ketiadaan mak..dan mak gembira bila Qusyairi semakin membesar menjadi anak yg comel dan nakal hingga sekarang..mak sayang Qusyairi sebagaimana mak sayang abang dan kakak2..3.10.2000 mak lahir kan Qusyairi dengan seribu kesyukuran atas rezeki dan Rahmat Allah..

Zulaikha..adik adalah anak bongsu mak yang dapat mak jaga selama 3 bulan sahaja..maafkan mak sayang..bukan mak bencikan adik..dan bukan mak sengaja mahu memberi adik pada mak ngah yang sekarang adik panggil mama..tapi sebab Opah masa tu tak berapa sihat..ucu pula kena operate sebab sakit appendiks.abang Qusyairi pun masa tu kecil lagi..masih memerlukan perhatian yg lebih..maka kebetulan mak ngah pun baru kehilangan anak kerana keguguran..maka Opah minta mak beri kan adik Ika pada mak ngah..masa tu mak su jamie di gombakpun mahu jadikan anak angkatnya..mak pernah letak adik rumah maksu jamie kerana mak mahu dekat dengan adik..tp kerana Opah mahu mak ngah yg jaga adik..akhir nya mak izinkan..betul juga kata Opah..sebaik maksu jamie tu dia tetap orang lain..dan mak ngah adalah adik mak sendiri..jadi sehingga kini mak ngah lah yang menjaga adik..mak tak kecil hati kalau adik tak nak cakap dgn mak..mak tahu mak dah tak jaga adik bertahun2...tapi mak tak lupakan adik..tiap kali ada duit mak akan hantar buat adik..dan mak sentiasa mendoakan yg terbaik buat adik dan abang juga kakak..mak tak kisah dgn siapa adik nak pergi nanti..kalau adik nak tingal dgn mak satu masa nanti mak terima..dan mak akan ambil adik untuk bercuti di subang tiap kali ada waktu terluang..mak mahu dekat dengan adik..mak mahu menebus kesalahan mak pada adik kerana membiarkan adik membesar ditangan orang lain..sedangkan adik beradik yg lain mak yg jaga..tp kalau adik faham keadaan masa itu..adik tak akan marah kan mak..adik patut bersyukur kerana makngah menjaga adik..sekurang2 nya adik terbela..bukan bermakna mak x boleh jaga adik..tp keadaan masa itu terlalu sukar..memang payah untuk mak cerita dari A-Z..tp cukup lah adik dan anak2 mak yg lain faham keadaan mak ketika itu..mujurnya Allah masih memberi kekuatan mental dan fizikal pada mak..kalau tidak mak tak tahu macamana nasib amak2 mak..orang selalu kata dlm pantang dan lepas baru pantang..angin meroyan akan menyerang kalau kita susah hati..jadi mak bersyukur kerana mak x menghadapi dugaan begitu..mak bersyukur kepada Allah yang memberi mak kekuatan hati dan jiwa..maka mak harap adik Ika tak akan marah kan mak..fahamilah hati mak ketika itu..dan suatu hari nanti adik ika akan faham..InsyaAllah..

Kini aku gembira dan bahagia keraana Along telah berada di Universiti,Aisyah di kolej,Harith dalam tingkatan3,Iskandar dalam darjah 5 dan bakal menduduki UPSR tahun depan..dan ika dalam darjah 3..Ya Allah..berikanlah anak2ku ini kejayaan didunia dan akhirat..jadikanlah mereka anak2 yang soleh dan solehah yang dapat menolong insan2 yang memerlukan apabila mereka dewasa kelak.Selamatkan lah mereka dari bencana dunia dan dari kesengsaraan di akhirat kelak..semuga anak2ku mendapat taufiq dan hidayah dariMU Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin

0 comments: