Disini...perjalanan terlalu sukar..
Kiri dan kanan,depan dan belakang..
Pastinya..apa jua bisa terjadi..
Hanya..keyakinan yg teguh..tawakkal yg kukuh..
Dapat memberi kekuatan dijiwa..
Disini..belum pasti lagi bahagia menanti..
Kerana hidup ini adalah perjuangan..
Andai kita berjaya..tidak bermakna kita menang..
Dan andai kita gagal tidak bermakna kita kalah..
Kerana apa...kerana sememangnya hidup ini adalah ujian..
Orang yang berjaya dan mendapat kemenangan adalah ...
Orang yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberianNYA..
Dan berkonsi segala nikmat itu bersama saudara mara yg lain
Walau saudara mara itu bukan dari darah dagingnya sendiri..
Dan orang yang gagal dalam kehidupannya tidak bermakna dia kalah..
Kerana Allah telah menguji dirinya dengan apa yang mampu ditanggung olehnya..
Dan orang itu redha akan ketentuanNYA..kerana itu sebahagian ujian dariNYA
Untuk meningkatkan imannya dan menjadi insan yang lebih bertaqwa..
Lalu telah dijanjikan Allah..sekiranya dia redha akan segala kepayahan dan kesukaran
Dan sentiasa mensyukuri setiap ujian keatasnya...Maka syurga lah tempatnya..
Semuga kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa dan sentiasa menerima segala ujian ALLAH
Dengan segala ketabahan dan kekuatan iman dijiwa...
Sesungguhnya kesenangan,kemewahan..kesusahan,kemiskinan hanya lah ujian dariNYA semata2..
Berbahagialah insan yg berada apabila dia membahagiakan insan yang lain..
Dan bersyukurlah insan yang tidak punya apa kerana apa yang tiada padamu didunia ini..
ADA DI SYURGA SANA..SEANDAI KAU SABAR DAN REDHA...AMIN...
Sunday, 13 November 2011
Posted by anne salwa at 05:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment